User Tools

Site Tools


start

This is an old revision of the document!


Cebisan Sejarah Penyusuan Ibu

Cebisan sejarah penyusuan ibu di Malaysia, disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan buku, makalah dan kertas kerja karya para ilmuwan dan pengkaji.

Gambar hiasan: Breastfeeding Mother, 1892, by Alexandre Charpentier. Nationalmuseum, Stockholm, Sweden. Bronze. NMSk 904. Bequest 1900 Vilhelm Meyerson.
Gambar hiasan: “Breastfeeding Mother, 1892, by Alexandre Charpentier. Nationalmuseum, Stockholm, Sweden. Bronze. NMSk 904. Bequest 1900 Vilhelm Meyerson.” (Osama SM Amin FRCP(Glasg) @ Wikimedia, 16 July 2019: "Breastfeeding Mother, 1892, by Alexandre Charpentier").

Kronologi

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah penyusuan ibu di Malaysia, setakat yang dapat ditemui sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-)

Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tempatan.

start.1730711205.txt.gz · Last modified: 2024/11/04 17:06 by sazli