| Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
| british-ww1 [2024/12/31 17:39] – [Kajian di Kedah 1920-1930-an] sazli | british-ww1 [2024/12/31 17:41] (current) – [Peranan Akhbar Melayu] sazli |
|---|
| |
| (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 205-206). | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 205-206). |
| | |
| | //"Tugas Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantunya bukan setakat melawat dan memberi tunjuk ajar penjagaan kesihatan semasa kehamilan, selepas bersalin dan juga penjagaan bayi, malah seringkali lawatan ini bertukar kepada tugas menasihat dalam soal adat yang tidak menguntungkan dari segi kesihatan."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 220). |
| |
| //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\ | //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\ |
| |
| ==== Peranan Akhbar Melayu ==== | ==== Peranan Akhbar Melayu ==== |
| | |
| | //"Seperti yang telah dijelaskan oleh Brodie, pendidikan, walaupun amat terhad bagi kanak-kanak perempuan Melayu, telahpun menampakkan hasilnya dari segi cara membesarkan kanak-kanak. Ini dilakukan melalui pengenalan mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah-sekolah Melayu sementara pengenalan pergerakan Girl Guide turut menambahkan minat murid-murid ini kepada hal-hal berhubung kesihatan. Guru wanita pula dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan yang mereka baca dalam majalah seperti Bulan Melayu yang turut menyentuh tentang isu kesihatan seperti penjagaan kebersihan, pemakanan dan pakaian semasa mengandung. Kempun kesihatan melalui akhbar dan majalah ini bukan sahaja digerakkan oleh kaum wanita malah juga menarik minat kaum lelaki. Dalam keluaran bulan Februari 1931, Bulan Melayu menyiarkan rencana bertajuk "kewajipan ibu kepada anaknya" yang ditulis oleh Alwi Al Hadi yang bersambung dalam beberapa keluaran (Bulan Melayu, Mac-Disember 1931 dan Mac 1932). Penulis ini dengan panjang lebar membicarakan aspek-aspek kesihatan ibu dari saat mula mengandung, bersalin, melahirkan anak dan berpantang berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau terhadap apa yang lazimnya berlaku dalam masyarakat Melayu. \\ |
| | \\ |
| | Akhbar dan majalah meskipun tidak mungkin dibaca oleh semua orang Melayu namun dengan wakil jualan ditempatkan di setiap negeri membolehkan idea-idea yang terpancar dalam sumber ini tersebar dan berkembang melalui segelintir pembaca yang kemudiannya menyampaikan pula maklumat itu kepada jiran, rakan dan kaum keluarga mereka sendiri. Idea-idea ini boleh berkembang melangkaui batasan kawasan dan daerah meskipun secara perlahan sebagaimana yang pernah berlaku dalam penyebaran idea kesedaran kebangsaan di kalangan kaum wanita Melayu. Meskipun perbicaraan tentang soal kesihatan tidaklah sehebat perbincangan tentang semangat kesedaran Melayu dan kritik masyarakat termasuk membicarakan tentang wanita dan pelajaran namun banyak akhbar dan majalah di sekitar tahun 1930-an mengorak langkah mengadakan ruangan kesihatan untuk tatapan umum. Majalah Bulan Melayu, misalnya, begitu berpengaruh di kalangan pendidik wanita dan mempunyai wakil jualan di setiap negeri termasuk Kedah."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 223-224). |
| |
| //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). | //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). |