User Tools

Site Tools


british-ww1

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Both sides previous revisionPrevious revision
Next revision
Previous revision
british-ww1 [2024/12/31 17:34] sazlibritish-ww1 [2024/12/31 17:41] (current) – [Peranan Akhbar Melayu] sazli
Line 85: Line 85:
  
 (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.78-80). (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.78-80).
 +
 +//"Pengenalan program kesihatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak sebenarnya bermula di Negeri-Negeri Selat sejak tahun 1905. Perkembangan ini selari dengan perkembangan pesat dan kemasukan imigran Cina (termasuk juga kaum wanita dan kanak-kanak) yang ramai bilangannya ke negeri itu. Program ini memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu pendaftaran dan latihan kepada bidan-bidan tradisional, pengenalan kepada perubatan moden bagi wanita-wanita yang berpotensi menggantikan bidan tradisional, dan lawatan ke rumah serta penubuhan pusat kesihatan kanak-kanak (Manderson 1996, 207). Program ini akhirnya diperluaskan pula ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920 dan kemudiannya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu. ...\\
 +.....\\
 +Antara cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Perubatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk memperbaiki tahap perkhidmatan perubatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak di setiap negeri adalah melatih bidan-bidan kampung tentang nilai kebersihan dan menunjuk ajar cara-cara penggunaan antiseptik di bawah pengawasan seorang bidan yang terlatih. Jawatan Pelawat Kesihatan perlu diwujudkan, dan calonnya mestilah seorang yang berpengetahuan tentang perbidanan dan kebersihan terutamanya tentang penjagaan bayi. Tugas ini hanya layak dipikul oleh wanita Eropah dengan alasan hanya orang Eropah sahaja yang boleh mempengaruhi orang lain tentang cara penjagaan bayi dan sebagainya. ... Tugas pelawat kesihatan ialah melawat setiap rumah yang mempunyai bayi yang baru dilahirkan dengan memberi perhatian kepada keadaan kebersihan, pemakanan dan penyusuan bayi. Memandangkan tugas ini memerlukan kepakaran, Ketua Pegawai Perubatan mencadangkan tugas tersebut dipikul oleh Pegawai Perubatan Wanita."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 205-206).
 +
 +//"Tugas Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantunya bukan setakat melawat dan memberi tunjuk ajar penjagaan kesihatan semasa kehamilan, selepas bersalin dan juga penjagaan bayi, malah seringkali lawatan ini bertukar kepada tugas menasihat dalam soal adat yang tidak menguntungkan dari segi kesihatan."//  (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 220).
  
 //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\ //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\
Line 290: Line 298:
  
 (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 199-200). (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 199-200).
 +
 +//"Pada tahun 1930 juga ditubuhkan Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak (Infant Welfare Work) yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja. Pusat kesihatan bayi ini dibiayai oleh bantuan kewangan yang diperolehi secara sukarela. Satu jawatankuasa sukarela juga ditubuhkan dengan Tunku Ibrahim, Pemangku Raja sebagai Presidennya. Operasi jawatankuasa ini bermula dalam keadaan yang terhad dari segi kakitangan dan pada peringkat awal, beroperasi di sebuah bilik permainan billiard milik Pemangku Raja yang telah tidak digunakan lagi. Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak yang terletak di Anak Bukit ini berada di bawah jagaan Dr. Brodie sepenuhnya. Dengan terbentuknya pusat ini, penduduk diarahkan oleh kerajaan supaya membawa anak-anak mereka ke tempat itu untuk diberikan rawatan dan penasihatan tentang  penjagaan kanak-kanak pada hari-hari yang telah ditetapkan. Penubuhan pusat kesihatan bayi ini juga membuka peluang kepada Pegawai Perubatan Wanita untuk mendidik kaum wanita tentang penjagaan kesihatan diri dan bayi, serta pemakanan yang sesuai. Pusat ini juga menjadi tempat kempen menolak bidan tradisional dijalankan apabila bakul-bakul yangsarat diisi alat perbidanan kampung yang membahayakan nyawa ibu dan bayi dipamerkan untuk tatapan pengunjung."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 214).
  
 ==== Peranan Akhbar Melayu ==== ==== Peranan Akhbar Melayu ====
 +
 +//"Seperti yang telah dijelaskan oleh Brodie, pendidikan, walaupun amat terhad bagi kanak-kanak perempuan Melayu, telahpun menampakkan hasilnya dari segi cara membesarkan kanak-kanak. Ini dilakukan melalui pengenalan mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah-sekolah Melayu sementara pengenalan pergerakan Girl Guide turut menambahkan minat murid-murid ini kepada hal-hal berhubung kesihatan. Guru wanita pula dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan yang mereka baca dalam majalah seperti Bulan Melayu yang turut menyentuh tentang isu kesihatan seperti penjagaan kebersihan, pemakanan dan pakaian semasa mengandung. Kempun kesihatan melalui akhbar dan majalah ini bukan sahaja digerakkan oleh kaum wanita malah juga menarik minat kaum lelaki. Dalam keluaran bulan Februari 1931, Bulan Melayu menyiarkan rencana bertajuk "kewajipan ibu kepada anaknya" yang ditulis oleh Alwi Al Hadi yang bersambung dalam beberapa keluaran (Bulan Melayu, Mac-Disember 1931 dan Mac 1932). Penulis ini dengan panjang  lebar membicarakan aspek-aspek kesihatan ibu dari saat mula mengandung, bersalin, melahirkan anak dan berpantang berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau terhadap apa yang lazimnya berlaku dalam masyarakat Melayu. \\
 +\\
 +Akhbar dan majalah meskipun tidak mungkin dibaca oleh semua orang Melayu namun dengan wakil jualan ditempatkan di setiap negeri membolehkan idea-idea yang terpancar dalam sumber ini tersebar dan berkembang melalui segelintir pembaca yang kemudiannya menyampaikan pula maklumat itu kepada jiran, rakan dan kaum keluarga mereka sendiri. Idea-idea ini boleh berkembang melangkaui batasan kawasan dan daerah meskipun secara perlahan sebagaimana yang pernah berlaku dalam penyebaran idea kesedaran kebangsaan di kalangan kaum wanita Melayu. Meskipun perbicaraan tentang soal kesihatan tidaklah sehebat perbincangan tentang semangat kesedaran Melayu dan kritik masyarakat termasuk membicarakan tentang wanita dan pelajaran namun banyak akhbar dan majalah di sekitar tahun 1930-an mengorak langkah mengadakan ruangan kesihatan untuk tatapan umum. Majalah Bulan Melayu, misalnya, begitu berpengaruh di kalangan pendidik wanita dan mempunyai wakil jualan di setiap negeri termasuk Kedah."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 223-224).
  
 //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19).
Line 368: Line 384:
 Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances
 infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105). infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105).
 +
 +==== Wanita Melayu ====
 +
 +//"Di samping soal domestik termasuk adat resam, terdapat juga pandangan yang mengaitkan kadar kematian bayi dengan pertumbuhan ekonomi. Apabila ekonomi wang menjadi penting, kaum wanita muda keluar bekerja. Anak-anak ditinggal dan tidak lagi disusukan. Satu kajian tentang kematian bayi dan kanak-kanak di Kedah dalam tahun 1940 mendapati pendapatan yang rendah oleh sesebuah keluarga menyebabkan kaum wanita mula mencari pekerjaan sebaik sahaja bersalin. Sesetengah wanita merasa bimbang jika mereka tidak cepat bekerja dan hal ini mengganggu proses pengeluaran susu ibu. Anak-anak akhirnya diberi susu biasa (Manderson 1987, 263)."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 200-201).
  
 ==== Buruh India ==== ==== Buruh India ====
british-ww1.1735637689.txt.gz · Last modified: 2024/12/31 17:34 by sazli