User Tools

Site Tools


british-ww1

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Both sides previous revisionPrevious revision
Next revision
Previous revision
british-ww1 [2024/12/28 22:06] – [Ibu-Ibu Bekerja] sazlibritish-ww1 [2024/12/31 17:41] (current) – [Peranan Akhbar Melayu] sazli
Line 67: Line 67:
  
 (Sumber: Gabrielle Palmer, 1988. The Politics of Breastfeeding, m.s. 216-219) (Sumber: Gabrielle Palmer, 1988. The Politics of Breastfeeding, m.s. 216-219)
 +
  
 ===== Infant Welfare Centre (IWC) ===== ===== Infant Welfare Centre (IWC) =====
 +
 +{{:gambar:25ntvacklang_1577246430.jpg?600|A motor bus was used to transport those who could not afford the journey to the Klang Infant Welfare Centre}} \\
 +//"A motor bus was used to transport those who could not afford the journey to the Klang Infant Welfare Centre"// (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, December 25, 2019: {{ ::akhbar:how_a_1911_cholera_outbreak_helped_improve_msia_s_health_services.pdf ||}}[[https://www.nst.com.my/news/exclusive/2019/12/550701/how-1911-cholera-outbreak-helped-improve-msias-health-services|"How a 1911 cholera outbreak helped improve Msia's health services"]]).
  
 Sementara itu, pentadbir kolonial mula memperluaskan kawalan, penerangan, serta perkhidmatan kesihatan kepada seluruh warga Tanah Melayu. Ini bertujuan memastikan kesihatan buruh, serta bekalan buruh baru (anak-anak mereka) yang stabil, selain membuktikan keupayaan mereka mentadbir dengan baik, sekaligus menjadi simbol pengabsahannya:- Sementara itu, pentadbir kolonial mula memperluaskan kawalan, penerangan, serta perkhidmatan kesihatan kepada seluruh warga Tanah Melayu. Ini bertujuan memastikan kesihatan buruh, serta bekalan buruh baru (anak-anak mereka) yang stabil, selain membuktikan keupayaan mereka mentadbir dengan baik, sekaligus menjadi simbol pengabsahannya:-
Line 81: Line 85:
  
 (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.78-80). (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.78-80).
 +
 +//"Pengenalan program kesihatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak sebenarnya bermula di Negeri-Negeri Selat sejak tahun 1905. Perkembangan ini selari dengan perkembangan pesat dan kemasukan imigran Cina (termasuk juga kaum wanita dan kanak-kanak) yang ramai bilangannya ke negeri itu. Program ini memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu pendaftaran dan latihan kepada bidan-bidan tradisional, pengenalan kepada perubatan moden bagi wanita-wanita yang berpotensi menggantikan bidan tradisional, dan lawatan ke rumah serta penubuhan pusat kesihatan kanak-kanak (Manderson 1996, 207). Program ini akhirnya diperluaskan pula ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920 dan kemudiannya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu. ...\\
 +.....\\
 +Antara cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Perubatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk memperbaiki tahap perkhidmatan perubatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak di setiap negeri adalah melatih bidan-bidan kampung tentang nilai kebersihan dan menunjuk ajar cara-cara penggunaan antiseptik di bawah pengawasan seorang bidan yang terlatih. Jawatan Pelawat Kesihatan perlu diwujudkan, dan calonnya mestilah seorang yang berpengetahuan tentang perbidanan dan kebersihan terutamanya tentang penjagaan bayi. Tugas ini hanya layak dipikul oleh wanita Eropah dengan alasan hanya orang Eropah sahaja yang boleh mempengaruhi orang lain tentang cara penjagaan bayi dan sebagainya. ... Tugas pelawat kesihatan ialah melawat setiap rumah yang mempunyai bayi yang baru dilahirkan dengan memberi perhatian kepada keadaan kebersihan, pemakanan dan penyusuan bayi. Memandangkan tugas ini memerlukan kepakaran, Ketua Pegawai Perubatan mencadangkan tugas tersebut dipikul oleh Pegawai Perubatan Wanita."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 205-206).
 +
 +//"Tugas Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantunya bukan setakat melawat dan memberi tunjuk ajar penjagaan kesihatan semasa kehamilan, selepas bersalin dan juga penjagaan bayi, malah seringkali lawatan ini bertukar kepada tugas menasihat dalam soal adat yang tidak menguntungkan dari segi kesihatan."//  (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 220).
  
 //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\ //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\
Line 250: Line 262:
  
 (Sumber: Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.38-39). (Sumber: Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.38-39).
- 
  
 ===== Pengaruh Awal Terhadap Amalan Orang Melayu ===== ===== Pengaruh Awal Terhadap Amalan Orang Melayu =====
 +
 +==== Kajian di Kedah 1920-1930-an ====
 +
 +//"Pada tahun 1920-an, isu kematian ibu dan bayi mula mendapat perhatian serius daripada kerajaan negeri Kedah ekoran peningkatan dalam kadar kematian ibu dan bayi di sepanjang tahun tersebut. Peningkatan ini bukan sahaja menjadi petunjuk penting tahap kesihatan sesuatu masyarakat, malah hal ini juga membayangkan berjaya atau gagalnya sesuatu kerajaan yang memerintah. ... \\
 +\\
 +Kajian kesihatan oleh W.J. Vickers dan J. H. Strahan pada tahun 1936, misalnya, mengakui orang Melayu menjadi fokus penting kajian tersebut kerana mereka merupakan kelompok kaum dan kelompok penanam padi yang terbesar berbanding bangsa-bangsa lain di negeri itu. Malah penglibatan besar wanita Melayu dalam penanaman padi turut menjadi satu sebab diwujudkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita di negeri pada tahun 1925 dengan tumpuan utama untuk mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi di kalangan kaum tersebut (CO 716 Kedah Annual Report 1343/ 2 August-21 July 1925, 27)."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 191).
 +
 +//"Jumlah kematian di kalangan ibu Melayu hanya menjadi lebih terkawal dengan kedatangan Pegawai Perubatan Wanita ke negeri itu pada tahun 1925 di samping langkah berterusan oleh pihak kerajaan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan penduduk sebagaimana yang dapat dilihat dalam jadual 5.1. \\
 +.....\\
 +Jadual 5.1 menunjukkan bilangan kematian ibu Melayu akibat keguguran dan bersalin menurun secara mendadak ... sedangkan kematian di kalangan wanita Cina dan India berpunca daripada masalah yang sama .. tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Ini bermaksud tumpuan yang lebih diberikan oleh Pegawai Perubatan Wanita untuk mempertingkatkan tahap kesihatan wanita Melayu."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 191).
 +
 +//"Malaria, sawan bayi, dan penyakit yang diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sesuai terus menjadi punca utama kematian bayi pada tahun 1930 dan tahun-tahun berikutnya. ... tahun 1930-an menyaksikan banyak projek kebersihan dijalankan untuk membenteras penyakit malaria termasuk di estet. Tumpuan diberikan kepada pembekalan air bersih dan juga kempen membasmi malaria dan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak melalui pertunjukan wayang di kampung dan di sekolah-sekolah (CO 716 Report of the Medical and Health Departments, Kedah & Perlis for the year 1931, 5). Pada tahun 1931 keadaan kesihatan awam di negeri itu bertambah baik dengan kadar kematian bayi menurun di kalangan orang Melayu, misalnya, daripada 124.33 pada tahun 1930 kepada 98.55 pada tahun 1931. \\
 +\\
 +Keadaan ini, walau bagaimanapun, hanya bersifat sementara kerana pada tahun 1932, petunjuk kadar kematian bayi Melayu meningkat semula kepada 109.98. Sejumlah 1,940 kematian bayi berusia setahun ke bawah telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, kematian kanak-kanak berusia setahun ke bawah ialah 1,251 orang iaitu yang tertinggi berbanding dengan bangsa lain (CO 716 Report of the Medical and Health Department, Kedah & Perlis for the year 1932,13-14). Peningkatan semula dalam kadar kematian bayi untuk semua bangsa pada tahun 1933 iaitu 140.79 berbanding 119.88 per 1,000 kelahiran dalam tahun 1932 sebenarnya disebabkan oleh pemerolehan data-data yang lebih tepat berikutan pengenalan Enakmen Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dalam tahun 1932. ... Kadar kematian yang tinggi ini juga dikaitkan dengan penyakit malaria. ... Secara perbandingan pula kadar kematian bayi India adalah yang tertinggi berbanding bangsa lain."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 195-196).
 +
 +//"Selain penyakit malaria, dua punca yang disabitkan oleh petugas perubatan dan kesihatan berhubung kadar kematian ibu dan bayi yang tinggi di kalangan orang Melayu ualah peranan bidan kampung, dan kecuaian di pihak ibu itu sendiri. Bidan-bidan kampung ini dilabelkan oleh pegawai British sebagai golongan yang tidak menghiraukan kebersihan tetapi oleh sebab sudah lama melakukan tugas ini tidaklah mudah bagi kerajaan mengawal kegiatan mereka (SUK Kedah 331/1340 Annual Report of the Medical and Health Department, Kedah for the year 1339/1921). Masalah yang berpunca daripada bidan kampung sebenarnya bukanlah masalah setempat, malah turut berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain. Kritikan terhadap peranan bidan kampung bukan sahaja datang daripada pegawai kolonial tetapi juga daripada orang Melayu sendiri. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang kerabat Diraja Patani yang menjadi Nazir sekolah-sekolah Melayu di Kelantan pada tahun 1933 pernah menegur cara bidan kampung mengendalikan kes bersalin yang menyebabkan kes kematian bayi yang semakin meningkat di negeri itu. Selain itu Tengku Mahmood turut mengaitkan hal ini dengan sikap orang Melayu di negeri itu yang gemar mengahwinkan anak perempuan mereka dalam usia yang muda. Keadaan ini menyebabkan ibu muda kurang terdedah kepada pengetahuan perubatan moden (Mohd. Zamberi 1999, 42)."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 196-197).
 +
 +//"Mengenai kes kematian bayi yang tinggi di kalangan wanita Melayu, Dr J.G. Clarke, Pegawai Kesihatan di Ipoh pada tahun 1914, mengaitkan kejadian ini dengan faktor sosioekonomi seperti keadaan kebersihan dan penyusuan bayi termasuk bekalan susu yang tidak memuaskan di samping serangan malaria dan kecuaian di pihak ibu (HCO 1621/1914, 8-10). Rumusan Clarke sebenarnya tidak jauh berbeza dengan laporan kesihatan penduduk luar bandar di Kedah yang pertama kali dibuat untuk negeri itu oleh Vickers dan Strahan pada tahun 1936 (CO 717 133/51901). Di Kedah, malaria dianggap punca utama kematian penduduk termasuk kaum ibu dan bayi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 197).
 +
 +//"Meskipun masalah kurang zat pemakanan turut menjadi salah satu punca kematian di negeri-negeri Melayu, kerajaan mendapati masalah ini agak sukar diatasi kerana hal ini membabitkan faktor kemampuan sesebuah keluarga untuk membeli makanan, dan juga amalan biasa sesebuah keluarga. Dari segi amalan tradisi, misalnya orng Melayu tidak menganggap mereka sudah makan selagi tidak makan nasi. Justeru, bayi turut diberi nasi yang dilecek beberapa hari selepas dilahirkan (Burgess & Laidin 1950, 30). Makanan yang mengandungi protein seperti ikan tidak diutamakan kepada bayi kerana orang Melayu percaya ikan boleh mengakibatkan penyakit cacing. Cara memasak nasi juga menimbulkan masalah kerana orang Melayu membasuh beras terlalu lama lalu membuang lebih banyak kandungan vitamin. \\
 +..... \\
 +Bayi-bayi ditemui dalam keadaan pucat dan lemah dalam rumah yang sempit dan tidak mempunyai peredaran udara yang baik. Keadaan menjadi bertambah buruk kerana kaum ibu tidak langsung mengambil berat tentang penyusuan bayi, malah ada pihak yang mengaitkan penngkatan dalam kadar penyakit dan kematian bayi dengan perkara tersebut. J.G. Clarke mendapati sikap tidak suka menyusui anak dengan susu ibu merupakan sifat umum wanita di Tanah Melayu sebagaimana juga kaum wanita di negara Asia. Usaha untuk menggalakkan penyusuan ibu menjadikan petugas kesihatan terpaksa melawan arus. Justeru, Clarke berpendapat langkah-langkah perlu dialihkan kepada mengajar kaum ibu cara penyusuan biasa yang betul dan penyediaan makanan yang sesuai, di samping melatih bidan-bidan yang sesuai bagi mengambil alih peranan bidan-bidan kampung. Bidan-bidan ini perlu diajar tentang kebersihan dan cara menggunakan antiseptik di bawah pemerhatian bidan yang terlatih. Sesuai dengan cadangan ini, risalah tentang kesihatan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur seperti yang dikeluarkan oleh Infant Welfare Advisory Board, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sampai ke tangan petugas kesihatan di Kedah dai masa ke semasa. Tumpuan turut dialih kepada cara pemilihan botol susu yang sesuai dan cara penjagaan botol susu agar sentiasa bersih di samping tidak mengabaikan penekanan kepada kepentingan susu ibu kepada proses tumbesaran bayi (SUK Kedah 438/1342). \\
 +\\
 +Perubahan tumpuan daripada susu ibu kepada susu botol sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Peranan media, industri dan klinik kesihatan ibu dan bayi bertanggungjawab mewujudkan keadaan ini kerana lebih banyak mempromosikan susu botol berbanding susu ibu. Promosi hebat dan berterusan oleh syarikat pengeluar dan pengedar susu lemak manis di Tanah Melayu melalui iklan dalam akhbar turut meninggalkan kesan yang besar kepada kaum ibu. Susu lemak manis mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Inggeris dan kemudiannya akhbar-akhbar vernakular. Akhbar Straits Times, misalnya, sejak pertengahan tahun 1880-an lagi sudah menyiarkan iklan susu lemak manis Nestle (Manderson 1982, 598). Klinik ibu dan bayi ang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menggalakkan lagi keadaan ini dengan memberikan susu percuma kepada kaum wanita yang datang ke pusat itu. Tabiat menyusu bayi selepas lahir dengan susu botol di kalangan wanita Eropah dan wanita golongan elit turut menjadi contoh kepada wanita yang kurang mampu meskipun harga susu tin lebih mahal. Namun di sebalik faktor-faktor yang telah disebutkan, satu lagi sebab yang tidak boleh diketepikan ialah, berbanding susu ibu, susu botol lebih memudahkan kaum wanita terutamanya yang bekerja sebagai penanam padi. Sebaik sahaja tempoh pantang berakhir, bayi ditinggalkan di rumah di bawah jagaan anak yang lebih dewasa sewaktu ibu-ibu bekerja di bendang. Anak-anak ini ditunjuk ajar cara memberi susu dan memandikan bayi supaya kerja-kerja di bendang tidak tergendala."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 199-200).
 +
 +//"Pada tahun 1930 juga ditubuhkan Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak (Infant Welfare Work) yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja. Pusat kesihatan bayi ini dibiayai oleh bantuan kewangan yang diperolehi secara sukarela. Satu jawatankuasa sukarela juga ditubuhkan dengan Tunku Ibrahim, Pemangku Raja sebagai Presidennya. Operasi jawatankuasa ini bermula dalam keadaan yang terhad dari segi kakitangan dan pada peringkat awal, beroperasi di sebuah bilik permainan billiard milik Pemangku Raja yang telah tidak digunakan lagi. Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak yang terletak di Anak Bukit ini berada di bawah jagaan Dr. Brodie sepenuhnya. Dengan terbentuknya pusat ini, penduduk diarahkan oleh kerajaan supaya membawa anak-anak mereka ke tempat itu untuk diberikan rawatan dan penasihatan tentang  penjagaan kanak-kanak pada hari-hari yang telah ditetapkan. Penubuhan pusat kesihatan bayi ini juga membuka peluang kepada Pegawai Perubatan Wanita untuk mendidik kaum wanita tentang penjagaan kesihatan diri dan bayi, serta pemakanan yang sesuai. Pusat ini juga menjadi tempat kempen menolak bidan tradisional dijalankan apabila bakul-bakul yangsarat diisi alat perbidanan kampung yang membahayakan nyawa ibu dan bayi dipamerkan untuk tatapan pengunjung."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 214).
  
 ==== Peranan Akhbar Melayu ==== ==== Peranan Akhbar Melayu ====
 +
 +//"Seperti yang telah dijelaskan oleh Brodie, pendidikan, walaupun amat terhad bagi kanak-kanak perempuan Melayu, telahpun menampakkan hasilnya dari segi cara membesarkan kanak-kanak. Ini dilakukan melalui pengenalan mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah-sekolah Melayu sementara pengenalan pergerakan Girl Guide turut menambahkan minat murid-murid ini kepada hal-hal berhubung kesihatan. Guru wanita pula dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan yang mereka baca dalam majalah seperti Bulan Melayu yang turut menyentuh tentang isu kesihatan seperti penjagaan kebersihan, pemakanan dan pakaian semasa mengandung. Kempun kesihatan melalui akhbar dan majalah ini bukan sahaja digerakkan oleh kaum wanita malah juga menarik minat kaum lelaki. Dalam keluaran bulan Februari 1931, Bulan Melayu menyiarkan rencana bertajuk "kewajipan ibu kepada anaknya" yang ditulis oleh Alwi Al Hadi yang bersambung dalam beberapa keluaran (Bulan Melayu, Mac-Disember 1931 dan Mac 1932). Penulis ini dengan panjang  lebar membicarakan aspek-aspek kesihatan ibu dari saat mula mengandung, bersalin, melahirkan anak dan berpantang berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau terhadap apa yang lazimnya berlaku dalam masyarakat Melayu. \\
 +\\
 +Akhbar dan majalah meskipun tidak mungkin dibaca oleh semua orang Melayu namun dengan wakil jualan ditempatkan di setiap negeri membolehkan idea-idea yang terpancar dalam sumber ini tersebar dan berkembang melalui segelintir pembaca yang kemudiannya menyampaikan pula maklumat itu kepada jiran, rakan dan kaum keluarga mereka sendiri. Idea-idea ini boleh berkembang melangkaui batasan kawasan dan daerah meskipun secara perlahan sebagaimana yang pernah berlaku dalam penyebaran idea kesedaran kebangsaan di kalangan kaum wanita Melayu. Meskipun perbicaraan tentang soal kesihatan tidaklah sehebat perbincangan tentang semangat kesedaran Melayu dan kritik masyarakat termasuk membicarakan tentang wanita dan pelajaran namun banyak akhbar dan majalah di sekitar tahun 1930-an mengorak langkah mengadakan ruangan kesihatan untuk tatapan umum. Majalah Bulan Melayu, misalnya, begitu berpengaruh di kalangan pendidik wanita dan mempunyai wakil jualan di setiap negeri termasuk Kedah."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 223-224).
  
 //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19).
Line 331: Line 384:
 Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances
 infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105). infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105).
 +
 +==== Wanita Melayu ====
 +
 +//"Di samping soal domestik termasuk adat resam, terdapat juga pandangan yang mengaitkan kadar kematian bayi dengan pertumbuhan ekonomi. Apabila ekonomi wang menjadi penting, kaum wanita muda keluar bekerja. Anak-anak ditinggal dan tidak lagi disusukan. Satu kajian tentang kematian bayi dan kanak-kanak di Kedah dalam tahun 1940 mendapati pendapatan yang rendah oleh sesebuah keluarga menyebabkan kaum wanita mula mencari pekerjaan sebaik sahaja bersalin. Sesetengah wanita merasa bimbang jika mereka tidak cepat bekerja dan hal ini mengganggu proses pengeluaran susu ibu. Anak-anak akhirnya diberi susu biasa (Manderson 1987, 263)."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 200-201).
  
 ==== Buruh India ==== ==== Buruh India ====
Line 387: Line 444:
  
 (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.119-120). (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.119-120).
 +
 +==== Buruh Cina ====
 +
 +Buruh dari negeri Cina diuruskan melalui sistem kontrak. Mereka diikat dengan hutang tambang perjalanan mereka, yang dibayar oleh kontraktor buruh atau "kepala", dan ditempatkan di rumah kongsi yang dibina berdekatan ladang yang melanggan perkhidmatan kontraktor buruh tersebut. Mereka tidak dianggap pekerja ladang biasa, malah gaji mereka dibayar melalui kontraktor, yang sering melewatkan bayaran, mengambil bahagian yang besar, serta memeras mereka. Kedai-kedai keperluan asas di rumah kongsi, yang diurus oleh kontraktor itu sendiri, menjual barangan dengan harga yang mahal. Mereka juga tidak tertakluk di bawah Kod Buruh, serta tidak dipantau oleh pegawai Jabatan Buruh, sebagaimana buruh-buruh India. Kebajikan mereka hanya dipantau oleh Pegawai Hal-Ehwal Cina (Protector of Chinese) yang dilantik oleh kerajaan. Namun pegawai ini tidak mampu memantaunya dengan baik, oleh kerana keupayaan yang terhad, serta gejala pemerasan yang terlalu berleluasa. [1][2]
 +
 +Sepanjang zaman meleset tahun 1930-1933, sebagaimana pekerja-pekerja lain, pekerja Tionghua menderita gaji dipotong atau tidak dibayar, diberhentikan kerja, atau dihantar pulang. Kadar gaji mereka jatuh lebih rendah berbanding pekerja India, sehingga banyak ladang mula menggantikan pekerja India dengan pekerja kontrak Tionghua bagi menjimatkan kos. Keadaan kebajikan mereka yang sedia terabai, menjadi semakin buruk. Rumah-rumah kongsi mereka dibiarkan rosak dan tidak terurus. Pihak kontraktor dan pihak pengurus ladang gagal memberi perhatian sewajarnya, disebabkan kekurangan kakitangan dan masalah kewangan yang meruncing. Pegawai Hal-Ehwal Cina pula masih tidak berupaya menangani masalah yang berleluasa ini. [6]
 +
 +Sementara itu, pihak kerajaan telah menggubal beberapa ordinan bagi menetapkan kuota imigrasi buruh dari Cina, iaitu Immigration Ordinance (1931), diikuti Aliens Ordinance (1933). Namun, ordinan-ordinan ini hanya menyebut buruh lelaki sahaja, dan tidak menyatakan apa-apa tentang buruh wanita. Tambahan pula, harga tambang perjalanan dari negeri Cina ke Malaya jatuh merudum. Faktor-faktor ini menyebabkan pertambahan pekerja wanita Tionghua secara drastik. Mereka bergabung dengan pekerja wanita sedia ada di Malaya yang telah pun bebas dari ikatan hutang dengan kontraktor mereka, dan sebahagiannya telah berkeluarga serta berpendidikan. Faktor-faktor ini menyebabkan mereka ini lebih sensitif terhadap pelanggaran hak-hak mereka, contohnya pembayaran gaji yang tidak cukup atau lewat. [6]
 +
 +=== 1937-03-11: MOGOK PEKERJA LADANG BANGI ===
 +
 +Pada tahun 1934, keadaan ekonomi industri kian pulih. Harga getah melonjak sebanyak 250 peratus. Para pemilik ladang menyalurkan keuntungan yang diperolehi untuk memulihkan keadaan mereka. Namun kadar gaji dan kebajikan pekerja masih tidak berubah. Sementara itu, kesedaran kelas pekerja semakin meluas di kalangan para pekerja Tionghua, melalui bahan-bahan bacaan gerakan pekerja sedunia yang disiarkan dalam akhbar vernakular Cina. Mogok mula berlaku pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1936, kegiatan mereka menjadi semakin meluas dan radikal, kesan pengaruh para aktivis Parti Komunis Malaya, serta kesatuan sekerjanya Malayan General Labour Union (MGLU), yang giat menyusun aktiviti mogok di kalangan buruh Tionghua di ladang-ladang getah Malaya ketika itu. [6]
 +
 +Pada 7 Mac 1937, 19 tuntutan telah dihantar kepada para majikan di Selangor dan Negri Sembilan, antaranya Bangi Estate, Connemara Estate, dan Sungei Rinching Estate (Rujuk: NOTA KAKI). Kesemua tuntutan tersebut langsung tidak dipertimbangkan oleh pihak majikan, yang menganggapnya luar biasa dan keterlaluan. Pada keesokan harinya (8 Mac 1937), pekerja wanita di beberapa tempat memutuskan untuk tidak bekerja bagi menyambut Hari Wanita Sedunia. Tindakan ini antara lain mengakibatkan pekerja wanita yang terlibat di ladang Bangi telah dibuang kerja oleh majikan. Rentetan peristiwa ini telah mencetus gerakan mogok besar-besaran 2 hari selepasnya (11 Mac 1937), di mana pekerja wanita di ladang-ladang lain turut mogok. [3][6]
 +
 +Pada Khamis 11 Mac 1937, lebih 1,000 orang pekerja ladang (kebanyakannya kaum wanita Tionghua) telah melancarkan mogok di 9 buah ladang getah di Selangor iaitu Ladang Bangi, Connemara, Sungei Rinching, Prang Besar, Sydney, Bukit Tunggu, Balau, Hawthornden, dan Wardieburn (sekitar Bangi, Semenyih, Putrajaya, dan Kuala Lumpur kini). Mereka mengemukakan 19 tuntutan terhadap pihak pengurusan ladang-ladang tersebut, berkaitan kenaikan gaji harian, upah tambahan, hak dan kebajikan pekerja, manfaat ibu bersalin, kemudahan untuk anak-anak pekerja, dan lain-lain (Rujuk: NOTA KAKI). Semuanya berjalan dengan aman, kecuali di Ladang Wardieburn, di mana sedikit kekecohan berlaku akibat salah faham di antara beberapa pekerja dengan seorang wartawan. [3]
 +
 +Berikutan beberapa peristiwa serta kekecohan lain selepas itu, siri mogok dan demonstrasi ini kemudiannya merebak ke seluruh ladang-ladang di Selatan Selangor dan Negeri Sembilan, melibatkan lebih 30,000 pekerja Tionghua. Sekitar waktu yang sama juga (24-27 Mac), mogok turut dilancarkan di lombong arang batu Batu Arang, yang berakhir dengan serbuan pihak berkuasa. Akhirnya pada 28 Mac 1937, persetujuan dicapai di antara Persatuan Peladang Negri Sembilan dan wakil pekerja di sana, diikuti para perwakilan Selangor di Kajang, 3 hari kemudian (31 Mac 1937). Sebahagian daripada tuntutan-tuntutan pihak pekerja telah dapat dipenuhi oleh para majikan (Rujuk: NOTA KAKI). [5][6]
 +Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, persetujuan kolektif dalam skop yang besar telah dapat dicapai dalam industri getah. Walaupun kaedah penguatkuasaannya tidak jelas (kod buruh misalnya memerlukan pemantauan rapi oleh pegawai hal ehwal Cina, yang kurang keupayaan disebabkan skop tugasannya yang luas), ia masih merupakan suatu kejayaan besar bagi pekerja Tionghua. 
 +
 +SUMBER-SUMBER UTAMA:- \\
 +[1] James Hagan, Andrew Wells @ University of Wollongong, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940" - https://ro.uow.edu.au/artspapers/1602/ \\
 +[2] P. Ramasamy, 1994: "Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular Malaysia" - http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/9362/ \\
 +[3] Malaya Tribune, 12 March 1937, Page 14: "STRIKERS THREATEN VIOLENCE IN SELANGOR" - https://eresources.nlb.gov.sg/.../maltribune19370312-1.2.105 \\
 +[4] Ruhana Padzil, 2017: "Perjuangan wanita dalam aktivisme sosial dan nasionalisme di Tanah Melayu, 1929-1957" - http://studentsrepo.um.edu.my/7434/ \\
 +[5] Tai Yuen, 1973: "Labour unrest in Malaya, 1934-1941" - http://dx.doi.org/10.5353/th_b3120344 \\
 +[6] Yeo Kim Wah, 1976: "The Communist Challenge In The Malayan Labour Scene, September 1936-March 1937" -  https://tradeunion.org.my/the-communist-challenge-in-the.../  \\
 +
 +== NOTA KAKI: SENARAI TUNTUTAN PEKERJA ==
 +
 +Butiran 19 tuntutan pekerja dalam siri mogok seluruh Selangor dan Negri Sembilan (sedikit berbeza mengikut kawasan):- \\
 +1. Gaji penoreh getah dinaikkan kepada $1 sehari. Gaji pekerja am pula dinaikkan kepada 80 sen sehari, dan waktu kerja dihadkan kepada 8 jam sehari. \\
 +2. Pengurangan unit tugasan bagi penoreh getah, daripada 300-390 batang pokok, kepada 250 batang untuk torehan “V” dan 300 batang untuk torehan tunggal. Bagi cerun yang curam, perlu pengurangan 50 batang pokok lagi. \\
 +3. Bayaran getah sekerap sebanyak 3 sen per paun. \\
 +4. Bayaran 50 sen bagi setiap tugasan menanda kulit getah yang bakal ditoreh. \\
 +5. Bayaran tambahan $2 sebelum permulaan setiap unit tugasan. \\
 +6. Bayaran tambahan $2 untuk tugasan membasuh cawan getah. \\
 +7. Bayaran 50 sen sebulan untuk pisau penoreh getah, yang disediakan oleh penoreh itu sendiri. \\
 +8. Penguatkuasaan Kod Buruh sebagaimana untuk pekerja ladang India sejak 1909, iaitu penetapan gaji minima, had waktu bekerja, dan piawaian kesihatan. Pekerja harus disediakan perumahan, penjagaan mutu kebersihan, serta bekalan air bersih pada tahap sewajarnya. Khidmat hospital, kakitangan perubatan, serta ubat-ubatan harus diberikan secara percuma. \\
 +9. Penyediaan seorang amah bagi setiap 4 orang anak, dengan kadar upah $18 sebulan. \\
 +10. Pembinaan sekolah di dalam ladang, dan tenaga pengajarnya disediakan. \\
 +11. Pekerja yang jatuh sakit dimasukkan ke wad hospital kelas kedua, dan dibayar separuh gaji. \\
 +12. Penaiktarafan kediaman para pekerja. \\
 +13. Bayaran pendahuluan sebanyak $6 pada 15 haribulan setiap bulan, untuk pembelian sayur-sayuran. \\
 +14. Makluman kadar bayaran gaji diberikan 3 hari sebelum tarikh pembayaran. \\
 +15. Rehat diberikan sepenuhnya pada hari-hari kelepasan am. \\
 +16. Pekerja tidak boleh dipecat tanpa alasan yang kukuh. \\
 +17. Penghapusan hukuman denda terhadap pekerja. \\
 +18. Pengambilan pekerja baru mestilah dengan persetujuan pekerja sedia ada. \\
 +19. Pemberian hak kebebasan berpersatuan, berkumpul, bersuara, dan hak penerbitan (Matlamat: penubuhan kesatuan sekerja). \\
 +[5]
  
 ===== Kronologi Pemasaran Makanan Bayi ===== ===== Kronologi Pemasaran Makanan Bayi =====
british-ww1.1735394774.txt.gz · Last modified: 2024/12/28 22:06 by sazli