| Both sides previous revisionPrevious revisionNext revision | Previous revision |
| british-ww1 [2024/12/28 17:07] – [Infant Welfare Centre (IWC)] sazli | british-ww1 [2024/12/31 17:41] (current) – [Peranan Akhbar Melayu] sazli |
|---|
| |
| (Sumber: Gabrielle Palmer, 1988. The Politics of Breastfeeding, m.s. 216-219) | (Sumber: Gabrielle Palmer, 1988. The Politics of Breastfeeding, m.s. 216-219) |
| | |
| |
| ===== Infant Welfare Centre (IWC) ===== | ===== Infant Welfare Centre (IWC) ===== |
| | |
| | {{:gambar:25ntvacklang_1577246430.jpg?600|A motor bus was used to transport those who could not afford the journey to the Klang Infant Welfare Centre}} \\ |
| | //"A motor bus was used to transport those who could not afford the journey to the Klang Infant Welfare Centre"// (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, December 25, 2019: {{ ::akhbar:how_a_1911_cholera_outbreak_helped_improve_msia_s_health_services.pdf ||}}[[https://www.nst.com.my/news/exclusive/2019/12/550701/how-1911-cholera-outbreak-helped-improve-msias-health-services|"How a 1911 cholera outbreak helped improve Msia's health services"]]). |
| |
| Sementara itu, pentadbir kolonial mula memperluaskan kawalan, penerangan, serta perkhidmatan kesihatan kepada seluruh warga Tanah Melayu. Ini bertujuan memastikan kesihatan buruh, serta bekalan buruh baru (anak-anak mereka) yang stabil, selain membuktikan keupayaan mereka mentadbir dengan baik, sekaligus menjadi simbol pengabsahannya:- | Sementara itu, pentadbir kolonial mula memperluaskan kawalan, penerangan, serta perkhidmatan kesihatan kepada seluruh warga Tanah Melayu. Ini bertujuan memastikan kesihatan buruh, serta bekalan buruh baru (anak-anak mereka) yang stabil, selain membuktikan keupayaan mereka mentadbir dengan baik, sekaligus menjadi simbol pengabsahannya:- |
| | |
| | //"Perhatian terhadap kaum ibu dan bayi hanya bermula pada awal abad ke-20 apabila keadaan di Britain ketika itu menunjukkan kadar kematian bayi yang semakin meningkat. Pelbagai strategi mula dirancang untuk mengurangkan kadar kematian dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Selaras dengan itu sekitar tahun 1902-1908, satu rang undang-undang diperuntukkan di England bagi memastikan bahawa setiap kelahiran bayi disambut oleh bidan bertauliah dan didaftarkan secara rasmi (Manderson 1996). Bayi dan kanak-kanak mula dilihat sebagai aset negara yang penting terutamanya untuk menampung keperluan dari segi ketenteraan. Berbeza dengan di England, di Tanah Melayu pula bayi dan kanak-kanak dilihat sebagai aset negara yang penting dari segi keperluan membekalkan tenaga buruh import untuk masa akan datang. Pada masa yang sama juga, kaum wanita pula, dilihat sebagai sumber buruh yang produktif terutama dalam sektor perladangan yang berkepentingan kepada sistem perekonomian British di Tanah Melayu. Sebelum itu, tiada kesedaran dan minat terhadap kaum ibu dan bayi menyebabkan sangat sedikit pengetahuan ditumpukan kepada hal ehwal wanita termasuklah soal kesihatan dan kebajikan hidup mereka. Ini kerana kaum ibu dan bayi dilihat tidak mempunyai peranan dari segi keuntungan ekonomi penjajah. \\ |
| | \\ |
| | Perkembangan perkhidmatan kesihatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak di Selangor banyak dipengaruhi oleh perkembangan kesihatan di Negeri-Negeri Selat. Bagi Negeri-Negeri Selat, program kesihatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak telah bermula sejak tahun 1905 lagi iaitu selari dengan perkembangab pesat kemasukan imigran yang ramai bilangannya ke negeri itu. Antara program yang diberi tumpuan ialah aspek pendaftaran dan latihan kepada bidan-bidan tradisional, pengenalan kepada perubatan moden bagi menggantikan bidan tradisional dan lawatan ke rumah serta penubuhan pusat kesihatan kanak-kanak. Pada awal tahun 1920-an program ini diperluaskan ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Walau bagaimanapun dengan ruang wad yang terhad dan kekurangan doktor wanita, program tersebut lebih ditumpukan kepada menggalakkan kaum wanita menggunakan khidmat bidan terlatih dan bukannya untuk menggalakkan mereka bersalin di hospital. \\ |
| | \\ |
| | Penekanan terhadap kesihatan ibu dan bayi di Selangor mula diberi perhatian serius setelah Dr. J.T. Clarke pulang dari menghadiri seminar kematian bayi pada bulan Ogos 1913 di London. Cadangan Dr. Clarke bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh kerajaan British sekiranya ingin mengatasi masalah kematian bayi. Ini telah dipersetujui oleh kerajaan lalu mengimplemenkan cadangan-cadangan tersebut di Selangor. Antara cadangan yang berkaitan secara langsung dengan ibu dan bayi ialah menyediakan perkhidmatan perbidanan yang lebih baik dengan mengajar para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi yang betul serta membawa bayi mendapatkan rawatan secara berkala. \\ |
| | ..... \\ |
| | Kadar kematian sering dijadikan kayu pengukur dalam menilai status kesihatan penduduk secara umum. Malahan statisik kadar kematian ibu dan bayi pula merupakan kayu pengukur utama dalam menilai tahap penjagaan dan perkhidmatan kesihatan sesebuah masyarakat."// |
| | |
| | (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Bayi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.78-80). |
| | |
| | //"Pengenalan program kesihatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak sebenarnya bermula di Negeri-Negeri Selat sejak tahun 1905. Perkembangan ini selari dengan perkembangan pesat dan kemasukan imigran Cina (termasuk juga kaum wanita dan kanak-kanak) yang ramai bilangannya ke negeri itu. Program ini memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu pendaftaran dan latihan kepada bidan-bidan tradisional, pengenalan kepada perubatan moden bagi wanita-wanita yang berpotensi menggantikan bidan tradisional, dan lawatan ke rumah serta penubuhan pusat kesihatan kanak-kanak (Manderson 1996, 207). Program ini akhirnya diperluaskan pula ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920 dan kemudiannya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu. ...\\ |
| | .....\\ |
| | Antara cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Perubatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk memperbaiki tahap perkhidmatan perubatan untuk kaum ibu dan kanak-kanak di setiap negeri adalah melatih bidan-bidan kampung tentang nilai kebersihan dan menunjuk ajar cara-cara penggunaan antiseptik di bawah pengawasan seorang bidan yang terlatih. Jawatan Pelawat Kesihatan perlu diwujudkan, dan calonnya mestilah seorang yang berpengetahuan tentang perbidanan dan kebersihan terutamanya tentang penjagaan bayi. Tugas ini hanya layak dipikul oleh wanita Eropah dengan alasan hanya orang Eropah sahaja yang boleh mempengaruhi orang lain tentang cara penjagaan bayi dan sebagainya. ... Tugas pelawat kesihatan ialah melawat setiap rumah yang mempunyai bayi yang baru dilahirkan dengan memberi perhatian kepada keadaan kebersihan, pemakanan dan penyusuan bayi. Memandangkan tugas ini memerlukan kepakaran, Ketua Pegawai Perubatan mencadangkan tugas tersebut dipikul oleh Pegawai Perubatan Wanita."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 205-206). |
| | |
| | //"Tugas Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantunya bukan setakat melawat dan memberi tunjuk ajar penjagaan kesihatan semasa kehamilan, selepas bersalin dan juga penjagaan bayi, malah seringkali lawatan ini bertukar kepada tugas menasihat dalam soal adat yang tidak menguntungkan dari segi kesihatan."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 220). |
| | |
| | //"Pada tahun 1922 Pusat Kebajikan Bayi ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar kepada para ibu tentang cara-cara penjagaan bayi (SEL. SEC. 1071/1926). Pusat Kebajikan yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kelang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan Wanita (Lady Medical Officer). Beliau dibantu oleh beberapa orang jururawat berbangsa Eropah, pelawat kesihatan, pembantu makmal dan dresar (dresser). Bilangan petugas ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. ... Kekurangan pegawai yang berkelayakan menyebabkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita tidak dapat ditambah. Keadaan ini menyebabkan tugas pegawai perubatan wanita menjadi semakin membebankan. Pada tahun 1926, selain tugas di hospital Melayu Prince's Road, Kuala Lumpur, Pegawai Perubatan Wanita juga bertugas merawat pesakit-pesakit di hospital besar, hospital-hospital daerah, Pusat Kebajikan bayi di Kuala Lumpur dan Kelang serta turut menyertai lawatan dari rumah ke rumah. Masalah kekurangan kakitangan dan bebanan kerja yang berat ini dibangkitkan oleh Pegawai Perubatan Kanan (Senior Medical Officer) dalam laporannya pada September 1926. Masalah menjadi lebih teruk lagi apabila ada kakitangan yang bercuti atau berhenti kerja. \\ |
| | ..... \\ |
| | Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik lebih ramai para ibu terutamanya dari kaum Melayu agar mengunjungi pusat tersebut. Antaranya ialah dengan menyediakan dua buah bas di pusat tersebut untuk membawa kaum ibu pergi dan balik ke klinik secara percuma. Sebanyak 365 buah kampung telah dilawati sepanjang tahun 1936. Kemudahan bas yang disediakan telah membawa manfaat dan telah membawa 30,000 orang pengunjung yang kebanyakannya terdiri dari kaum Melayu di luar bandar (Federated Malay States Annual Report of Selangor, 1936). \\ |
| | ..... \\ |
| | Walaupun tujuan sebenar penubuhan pusat-pusat ini adalah untuk menjalankan 'Kerja Kebajikan Bayi' seperti memberikan nasihat dan tunjuk ajar namun adalah mustahil untuk mengelakkannya daripada memberi rawatan dalam bentuk pesakit luar kepada para pengunjung. Hal ini adalah kerana setelah mendapatkan nasihat dan rawatan tentang sebarang penyakit yang dihadapi, adalah menjadi kesulitan kepada para ibu untuk mendapatkan rawatan atau ubat-ubatan di klinik yang lain pula. Malah pusat tersebut memberi rawatan kepada pengunjung-pengunjung lain terutamanya ibu bapa kepada bayi-bayi tersebut. Perkhidmatan yang baik ini telah mendorong lebih ramai pengunjung hadir ke pusat tersebut saban tahun..."// |
| | |
| | (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Byi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.84-85). |
| | |
| | //"Selari dengan penubuhan Pusat kebajikan Bayi, satu tugas baharu telah diwujudkan iaitu tugas sebagai Pelawat Kesihatan. Pada mulanya Pelawat Kesihatan digajikan khas dari England untuk membuat lawatan ke atas bayi-bayi yang baru lahir di bawah Notis Akta Kelahiran 'Notification of Births Act' (Annual Report Infant Welfare Centre, Kuala Lumpur, 1925). Namun begitu tugas mereka telah diperluaskan lagi kepada pemeriksaan ke atas ibu-ibu selepas bersalin dan turut bertanggungjawab membawa mereka ke klinik sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan. Di samping itu, mereka juga perlu datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan pertanyaan selain perlu membuat pemantauan ke atas tahap kesihatan kanak-kanak di peringkat sekolah. \\ |
| | ..... \\ |
| | Setiap minggu pihak polis akan menghantar senarai maklumat bayi yang baru lahir ke Pusat Kebajikan Bayi di Kuala Lumpur. Senarai tersebut akan disemak oleh jururawat yang bertugas sebeum mengagih-agihkannya kepada Pelawat Kesihatan mengikut kawasan masing-masing. ... \\ |
| | ..... \\ |
| | Adalah juga menjadi tugas penting Pelawat Kesihatan untuk memastikan ibu atau bayi yang dikunjunginya mendapat rawatan lanjut di klinik-klinik kesihatan sekiranya perlu. ... \\ |
| | ..... \\ |
| | Tugas Pelawat Kesihatan ini amat penting bagi membolehkan pegawai-pegawai ini mengenali para ibu dengan lebih dekat lagi di samping memujuk mereka agar mengunjungi Pusat Kebajikan Bayi berdekatan. Para ibu bukan sahaja diajar tentang cara-cara menyusukan bayi dengan betul malah mereka turut diajar cara-cara memandikan bayi dan menidurkan bayi mengikut masa yang sesuai. ... (Annual Report on Social and Economic Progress of the People of Selangor for the Year 1938). Pelawat Kesihatan akan memberi nasihat tentang penjagaan dan pemakanan bayi selain memberi nasihat kepada bakal ibu tentang diet dan sebagainya walaupun setakat dapat meyakinkan ibu bapa bahawa memberi nasi kepada bayi adalah tidak sesuai. ... \\ |
| | ..... \\ |
| | Peningkatan perhatian yang diberikan kepada kematian bayi, perkhidmatan perubatan dan program pendidikan kesihatan ditujukan kepada wanita kerana merekalah yang memikul tanggungjawab untuk membentuk generasi masa depan. Kerajaan berharap dengan pendidikan yang diberi dapat mengurangkan kadar kematian bayi secara lebih efektif. Antara pendidikan yang diberikan kepada para ibu yang mengunjungi pusat ini ialah ceramah ringkas tentang penjagaan kesihatan. Ceramah disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina. Selain itu, demonstrasi menyusukan bayi termasuklah kaedah penyusuan botol turut diadakan. Para ibu turut diajar tentang cara untuk menggalakkan pengeluaran susu dada. Bayi yang dibawa ke pusat ini akan ditimbang beratnya secara berkala untuk melihat perkembangan mereka. Akhir sekali, kelas memasak turut diadakan. Biasanya menu yang diajar ialah masakan yang berasaskan sayur-sayuran."// |
| | |
| | (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Byi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.87-89). |
| | |
| | //"Bagi memeriahkan lagi sambutan program pendidikan kesihatan, pertandingan bayi buat pertama kalinya diadakan pada tahun 1924 bertempat di Kuala Lumpur. Seramai 200 orang bayi telah menyertai pertandingan tersebut dan bilangannya bertambah kepada 240 orang pada tahun 1926 (Annual Report on Health and Medical Department 1927). ... Pertandingan seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi dorongan kepada para ibu untuk memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka. Sama seperti aktiviti pameran, pertandingan bayi sihat ini telah dijadikan aktiviti tahunan Pusat Kebajikan Bayi dan diadakan di beberapa tempat untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan-kawasan lain."// (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Byi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.91). |
| | |
| | //"Teori 'political economy' diketengahkan oleh ramai sarjana untuk menjelaskan peruntukan dan penyediaan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di tanah jajahan Barat sama ada di Afrika atau Asia Tenggara. Sarjana seperti Cohen dan Purca (1989) mencadangkan bahawa terdapat hubungan di antara perkhidmatan kesihatan Barat dan kawalan kerajaan terhadap amalan perubatan penduduk peribumi bagi menunjukkan superioriti mereka. Teori 'political economy' ini turut dapat dilihat dalam konteks penyediaan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu yang pada dasarnya bertujuan untuk memastikan taraf kesihatan pegawai dan tentera penjajah serta pemacu ekonomi British berada dalam keadaan baik. Bagi mengekang penularan penyakit yang memberikan kesan buruk bukan hanya kepada ekonomi tetapi juga status kesihatan penduduk atau keteraturan sosial (social order), perkhidmatan perubahan Barat turut disediakan kepada buruh dari kalangan imigran atau penduduk tempatan yang memainkan peranan dalam kegiatan ekonomi British (Manderson 1999). \\ |
| | \\ |
| | Perkhidmatan kesihatan yang diperluaskan kepada golongan wanita dan kanak-kanak mulai tahun 1920-an turut mempunyai hubung kait dengan ekonomi iaitu bagi meningkatkan produktiviti buruh wanita serta menjamin kesihatan kanak-kanak sebagai bekalan buruh pada masa hadapan (Manderson 1987). Penubuhan hospital khususnya boleh dianggap sebagai tindakan berperikemanusiaan penjajah terutamanya setelah dibuktikan bahawa kegiatan ekonomi penjajah seperti perlombongan dan perladangan menyebabkan penyebaran penyakit dan kematian yang tinggi khususnya dalam kalangan buruh. Keadaan ini dijelaskan oleh Parmet (1990: 79) sepertimana berikut: \\ |
| | \\ |
| | 'British rule first made the incidence of disease and death very much worst than before. The clearing of land for estates, the expansion of mining and the construction of public works disturbed existing ecological balances, causing disease to spread and multiply. The large immigrant labour forces assembled for these capital investments lacked natural immune systems. The colonial government, the chief provider of medical services, also lacked experience and knowledge and as a consequence many tens of thousands of workers died.'"// |
| | |
| | (Sumber: Wan Faizah Wan Yusoff, 2022. "Perkhidmatan Perbidanan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada Zaman British," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.64-65). |
| | |
| | //"Berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Foucault, proses kelahiran memberikan peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan sistem pengawasan melalui kaedah pemeriksaan, pensijilan, pendaftaran dan peraturan yang mewajibkan wanita menjalani proses kelahiran di bawah pemerhatian pegawai perubatan. Untuk memastikan bahawa kelahiran tidak hanya terhad kepada fenomena 'biofizikal' atau budaya, hospital dipromosikan sebagai tempat kelahiran yang lebih selamat berbanding persekitaran rumah di mana kematian pasti akan berlaku (Smith & Condit 2000). Secara amnya, amalan perbidanan moden seperti kelahiran di hospital dan doktor perubatan dianggap lebih baik daripada amalan perbidanan tradisional yang dianggap sebagai tidak berkesan atau salah sehingga dibuktikan selamat oleh pihak berkuasa perubatan (Dixon 1993). \\ |
| | \\ |
| | Pada peringkat awal, fokus hanya diberikan kepada spek kebajikan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (Adviser of Perlis No 906-1355), Certain Aspects of the Welfare of Women and Children in the Colonies). Aspek kebajikan turut diperluaskan kepada golongan wanita khususnya ibu (Federated Malay States Annual Report for 1924) melalui perkhidmatan perbidanan Barat pada dekad pertama abad ke-20 (Pahang Administration Report for the Year 1922). Terdapat peningkatan yang ketara dari aspek perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu termasuk Singapura pada awal penjajahan berbanding tahun 1930-an khususnya setelah perkhidmatan kesihatan diperluaskan kepada golongan wanita dan bayi serta kanak-kanak meliputi aspek perbidanan. Pada tahun 1877 misalnya, perbelanjaan yang direkodkan ialah $77,412 (Straits Settlements Blue Book 1877) berbanding $11,755,555 pada tahun 1931 (Straits Settlements Blue Book 1931). \\ |
| | \\ |
| | Perkhidmatan perbidanan Barat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bermula dari hospital atau Pusat Kebajikan Kanak-Kanak (Infant Welfare Centre) yang ditubuhkan di bandar-bandar besar (Sel. Sec. 5750/1912: Memorandum of Association of the Kuala Lumpur Maternity Hospital) seperti Kuala Kangsar, Kuala Pilah (Federated Malay States Annual Report for 1914) dan Pekan (Federated Malay States Annual Medical Report for the Year 1914). Perkhidmatan bersalin secara percuma turut disediakan di Hospital Kuala Lumpur (Sel. Sec. 1178/1923). ... Keengganan wanita Melayu untuk bersalin di hospital dijadikan alasan oleh pentadbiran perubatan Inggeris untuk tidak menyediakan perkhidmatan perbidanan Barat di kawasan kampung atau luar bandar walaupun ia telah diperakui bahawa kekurangan kemudahan perubatan dan kakitangan menyukarkan pihak Inggeris untuk menyediakan perkhidmatan perbidanan yang mencukupi untuk semua penduduk (Adviser of Perlis 06/55, Mary G. Blacklock, Certain Aspects of the Welfare of Women and Children in the Colonies). Dari satu aspek, kebergantungan masyarakat Melayu terhadap pengamal perubatan tradisional mereka ini dianggap menguntungkan pihak British memandangkan ia melepaskan mereka daripada tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat Melayu (Sinha 1999)."// |
| | |
| | (Sumber: Wan Faizah Wan Yusoff, 2022. "Perkhidmatan Perbidanan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada Zaman British," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.67-68). |
| |
| //"The state's discovery of the child and its gradual consequent extension of interest, interference, surveillance and control in reproduction and mothering were linked to developments in the imperial centre; ideas were transferred to and imposed upon other peoples in very different settings and contexts for political, economic and ideological purposes. The interest in reproduction in Malaya by colonial authorities derived in part from a pragmatic concern, driven by the political economy of colonialism and aimes at reducing infant mortality to maintain a future workforce, but related, too, to the processes that Stoler has termed 'the modernization of colonial control' and to state concern to temper the costs of imperialism by the provision of various welfare services."// (Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.28). | //"The state's discovery of the child and its gradual consequent extension of interest, interference, surveillance and control in reproduction and mothering were linked to developments in the imperial centre; ideas were transferred to and imposed upon other peoples in very different settings and contexts for political, economic and ideological purposes. The interest in reproduction in Malaya by colonial authorities derived in part from a pragmatic concern, driven by the political economy of colonialism and aimes at reducing infant mortality to maintain a future workforce, but related, too, to the processes that Stoler has termed 'the modernization of colonial control' and to state concern to temper the costs of imperialism by the provision of various welfare services."// (Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.28). |
| nasihat kepada golongan ibu terhadap penjagaan bayi dan kanak-kanak. Di pusat ini, bidan mengajar golongan ibu bagaimana cara melakukan pengurusan anak yang betul dan membantu menyediakan diet pemakanan yang betul kepada | nasihat kepada golongan ibu terhadap penjagaan bayi dan kanak-kanak. Di pusat ini, bidan mengajar golongan ibu bagaimana cara melakukan pengurusan anak yang betul dan membantu menyediakan diet pemakanan yang betul kepada |
| bayi mereka serta mengajar cara mengesan penyakit terlebih awal sebelum mendapatkan rawatan di pusat tersebut."// (Azlizan Mat Enh, Suraini Rosli, Akademika, Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, UKM, Vol 88, No 1 (2018): [[https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/16283|"Institusi Perbidanan di Selangor, 1900-1955 (Midwifery Institutions in Selangor, 1900-1955)"]], m.s.26-27). | bayi mereka serta mengajar cara mengesan penyakit terlebih awal sebelum mendapatkan rawatan di pusat tersebut."// (Azlizan Mat Enh, Suraini Rosli, Akademika, Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, UKM, Vol 88, No 1 (2018): [[https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/16283|"Institusi Perbidanan di Selangor, 1900-1955 (Midwifery Institutions in Selangor, 1900-1955)"]], m.s.26-27). |
| | |
| | //"Tinjauan Vickers dan Srathan terhadap corak pemakanan beberapa isi rumah tidaklah ke tahap mencetuskan masalah anemia yang serius. Kebanyakan keluarga Melayu dan India berpendapatan rendah dan mereka hanya mengambil makanan yang hanya mengandungi protein, karbohidrat, lemak, mineral dan kalori berbanding dengan mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi seperti keluarga Cina (1957/0274357). Oleh itu, masalah kekurangan zat merupakan punca kematian yang berlaku terhadap ibu dan bayi. British merasakan jika kematian mereka semakin meningkat maka pihak kolonial akan kehilangan buruh yang ramai terutama buruh bagi golongan wanita dan kanak-kanak pada masa akan datang. Jadi disebabkan untuk mengurangkan masalah peningkatan kematian ibu dan bayi British telah sedaya upaya untuk menumpukan perhatian terhadap masalah kesihatan golongan wanita dan kanak-kanak. Justeru, salah satunya dengan penubuhan pusat-pusat perbidanan ini dapat menyelamatkan dan mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi di Selangor kerana di pusat tersebut terdapat bidan kerajaan yang terlatih (Annual Report on the Social And Economic Progress of The People of Selangor 1935). \\ |
| | ..... \\ |
| | Selain itu, British telah mewujudkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita dan penggunaan bidan terlatih bagi mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi di Selangor (1957/0253517). Dapat dilihat peningkatan kepada kes bersalin yang dirawat semakin meningkat pada tahun 1926 dan 1927, dengan kewujudan institusi perbidanan ini para ibu dan bayi di Selangor dapat menikmati rawatan percuma di hospital (Sel. Sec. G. 291/1928 Annual Report on The Medical Department Selangor for The Year 1927). Oleh itu, secara tidak langsung British dapat mengurangkan kadar kematian dalam kalangan ibu dan bayi walaupun dengan jumlah yang besar tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kematian yang sebelum ini adalah tinggi."// |
| | |
| | (Sumber: Azlizan Mat Enh, Sarina Abdullah & Suriani Rosli, 2022. "Peranan British dalam Memperkasakan Program Penjagaan Kesihatan Ibu dan Byi di Selangor pada Tahun 1900 hingga 1940," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.81-82). |
| |
| //"Bidan-bidan Melayu yang terlatih turut ditempatkan di setiap dispensari kampung khusus untuk mengendalikan kes-kes materniti dan penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kerja-kerja yang mereka lakukan diselia oleh Lady Medical Officer. Pada tahun 1932, kerajaan Perak menempatkan bidan-bidan Melayu di Bota, Parit, Manong, Lenggong, Kuala Kangsar, Pulau Tiga, Pasir Salak, Kota Stia dan Rungkup (Perak Administration Report for the Year 1931). Perkhidmatan perbidanan dan penubuhan dispensari kampung terbukti sebagai kaedah yang paling berkesan untuk menarik perhatian penduduk khususnya golongan wanita terhadap perubatan Barat. Bidan-bidan Melayu yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja antenatal di Perak mendapat latihan di hospital-hospital kerajaan (Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak for the Year 1937). ... Menurut Residen Perak (Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak for the Year 1938), perkhidmatan bidan kerajaan ini dilaksanakan: 'In order to compete with the wholly untrained Malay bidans of the area who tend to be imbued with dangerous customs handed down by tradition which they follow blindly and who are wholly ignorant of the elements of antenatal care, mothercraft [sic] and infant welfare.'"// | //"Bidan-bidan Melayu yang terlatih turut ditempatkan di setiap dispensari kampung khusus untuk mengendalikan kes-kes materniti dan penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kerja-kerja yang mereka lakukan diselia oleh Lady Medical Officer. Pada tahun 1932, kerajaan Perak menempatkan bidan-bidan Melayu di Bota, Parit, Manong, Lenggong, Kuala Kangsar, Pulau Tiga, Pasir Salak, Kota Stia dan Rungkup (Perak Administration Report for the Year 1931). Perkhidmatan perbidanan dan penubuhan dispensari kampung terbukti sebagai kaedah yang paling berkesan untuk menarik perhatian penduduk khususnya golongan wanita terhadap perubatan Barat. Bidan-bidan Melayu yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja antenatal di Perak mendapat latihan di hospital-hospital kerajaan (Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak for the Year 1937). ... Menurut Residen Perak (Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Perak for the Year 1938), perkhidmatan bidan kerajaan ini dilaksanakan: 'In order to compete with the wholly untrained Malay bidans of the area who tend to be imbued with dangerous customs handed down by tradition which they follow blindly and who are wholly ignorant of the elements of antenatal care, mothercraft [sic] and infant welfare.'"// |
| |
| (Sumber: Noraini Mohamed Hassan, 2022. "Perubahan Sikap dan Persepsi Wanita di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Terhadap Kesihatan Sebelum Perang Dunia Kedua," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.61). | (Sumber: Noraini Mohamed Hassan, 2022. "Perubahan Sikap dan Persepsi Wanita di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Terhadap Kesihatan Sebelum Perang Dunia Kedua," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.61). |
| | |
| | //"Dasar tidak masuk campur yang diamalkan British terhadap agama dan adat istiadat Melayu pada awalnya turut meliputi amalan perubatan tradisional yang berkaitan dengan adat dan kepercayaan Melayu. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermaksud bahawa tidak terdapat sebarang usaha daripada pihak British untuk mengubah kepercayaan Melayu terutamanya yang berkaitan dengan proses kelahiran (Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Selangor for the Year 1938). Kadar mortaliti bayi dan ibu yang tinggi merupakan antara faktor utama yang membawa kepada campur tangan dan kawalan kerajaan terhadap amalan perbidanan tradisional (Kelantan 1280/1930, High Infantile Mortality among the Malay Rural Population of Malaya). Berdasarkan pemerhatian terhadap rekod British, Selangor misalnya mencatatkan mortaliti ibu yang tinggi dengan 479 kematian bagi tahun 1914 dan 1927 diikuti dengan 224 kematian pada tahun 1936. Kematian bayi yang tinggi turut direkodkan dengan 395 kematian pada tahun 1914 dengan tren meningkat pada 1924 dengan 443 kematian dan 643 kematian pada tahun 1933. Keadaan ini secara tidak langsung turut memberikan kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi British (Azlizan & Suriani, 2018). \\ |
| | \\ |
| | Aspek kawalan kepada amalan perbidanan tradisional Melayu melibatkan undang-undang berkaitan latihan dan pelesenan bidan yang bermula seawal 1911 di Negeri-Negeri Selat (Straits Settlement Annual Medical Report 1935). Walau bagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang yang dicadangkan di kawasan perbandaran Singapura, Pulau Pinang dan Melaka dilaporkan tidak memberikan kesan kepada bidan Melayu sehingga pertengahan tahun 1930-an (Straits Settlement Annual Medical Report 1936) memandangkan kebanyakan bidan Melayu beroperasi di luar bandar. Ordinan Perbidanan yang dikuatkuasakan di Negeri-Negri Melayu Bersekutu pada tahun 1923 turut melibatkan hanya kawasan bandar (Sel. Sec 1163/1924 Annual Report 1923, Office of the Senior Health Officer, Federated Malay States). Pada peringkat awal perlaksanaannya, pendaftar telah dilantik untuk memudahkan pendaftaran bidan (Sel. Sec. 3584/1923 Engangement of Additional Staff for Infant Welfare Work). Walau bagaimanapun, ditegaskn bahawa proses pendaftaran bidan tidak menyusahkan mana-mana bidan Melayu tradisional yang telah lama berkhidmat di Tanah Melayu (Proceedings of the Federal Council of the Federated Malay States for the Year 1922). Dalam erti kata lain, penguatkuasaan Ordinan Perbidanan ini tidak bertujuan untuk menyekat bidan tradisional Melayu daripada menawarkan khidmat mereka. Walau bagaimanapun, bidan tradisional Melayu dikehendaki untuk mematuhi garis panduan (Sel. Sec. 4774/1923, 'The Midwives Enactment 1922: Appointment of Registrars under Federated Malay States Government Gazette') yang mudah diikuti (Federated Malay States Medical Report for the year 1922) termasuklah penggunaan antiseptik, pengurusan komplikasi kehamilan dan rujukan kepada doktor untuk mengurangkan kadar mortaliti ibu serta bayi (Manderson 1987)."// |
| | |
| | (Sumber: Wan Faizah Wan Yusoff, 2022. "Perkhidmatan Perbidanan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada Zaman British," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.69-70). |
| |
| //"Government supervision and control of maternity took place via the surveillance of midwives and the provision of antenatal and postnatal services, home visiting and health education from the early 1900s. These initiatives were instigated in the United Kingdom in light of growing concern with reproduction, which resulted in programmes that emphasized the role of the middle class in policing working-class mothers; they were extended to colonial settings where they were predicated upon notions of the moral superiority of the colonizers as well as the technical superiority of their science. In colonial Malaya, state supervision of maternity took account of the existence of a system operating outside of biomedicine, and the aim of intervention was initially to control rather than replace village midwifery and maternity care. Early legislation and the training, registration and supervision of midwives served primarily to restrict and contain practices that occured outside of the colonial medical services and colonial practive. The error, though, was to underestimate the extent and pervasiveness of these other practices and their cultural meanings."// (Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.30). | //"Government supervision and control of maternity took place via the surveillance of midwives and the provision of antenatal and postnatal services, home visiting and health education from the early 1900s. These initiatives were instigated in the United Kingdom in light of growing concern with reproduction, which resulted in programmes that emphasized the role of the middle class in policing working-class mothers; they were extended to colonial settings where they were predicated upon notions of the moral superiority of the colonizers as well as the technical superiority of their science. In colonial Malaya, state supervision of maternity took account of the existence of a system operating outside of biomedicine, and the aim of intervention was initially to control rather than replace village midwifery and maternity care. Early legislation and the training, registration and supervision of midwives served primarily to restrict and contain practices that occured outside of the colonial medical services and colonial practive. The error, though, was to underestimate the extent and pervasiveness of these other practices and their cultural meanings."// (Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.30). |
| |
| (Sumber: Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.38-39). | (Sumber: Lenore Manderson, 1998: [[https://doi.org/10.1017/CBO9780511621826|Maternities and Modernities]]: "Shaping reproduction: maternity in early twentieth-century Malaya", m.s.38-39). |
| |
| |
| ===== Pengaruh Awal Terhadap Amalan Orang Melayu ===== | ===== Pengaruh Awal Terhadap Amalan Orang Melayu ===== |
| | |
| | ==== Kajian di Kedah 1920-1930-an ==== |
| | |
| | //"Pada tahun 1920-an, isu kematian ibu dan bayi mula mendapat perhatian serius daripada kerajaan negeri Kedah ekoran peningkatan dalam kadar kematian ibu dan bayi di sepanjang tahun tersebut. Peningkatan ini bukan sahaja menjadi petunjuk penting tahap kesihatan sesuatu masyarakat, malah hal ini juga membayangkan berjaya atau gagalnya sesuatu kerajaan yang memerintah. ... \\ |
| | \\ |
| | Kajian kesihatan oleh W.J. Vickers dan J. H. Strahan pada tahun 1936, misalnya, mengakui orang Melayu menjadi fokus penting kajian tersebut kerana mereka merupakan kelompok kaum dan kelompok penanam padi yang terbesar berbanding bangsa-bangsa lain di negeri itu. Malah penglibatan besar wanita Melayu dalam penanaman padi turut menjadi satu sebab diwujudkan jawatan Pegawai Perubatan Wanita di negeri pada tahun 1925 dengan tumpuan utama untuk mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi di kalangan kaum tersebut (CO 716 Kedah Annual Report 1343/ 2 August-21 July 1925, 27)."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 191). |
| | |
| | //"Jumlah kematian di kalangan ibu Melayu hanya menjadi lebih terkawal dengan kedatangan Pegawai Perubatan Wanita ke negeri itu pada tahun 1925 di samping langkah berterusan oleh pihak kerajaan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan penduduk sebagaimana yang dapat dilihat dalam jadual 5.1. \\ |
| | .....\\ |
| | Jadual 5.1 menunjukkan bilangan kematian ibu Melayu akibat keguguran dan bersalin menurun secara mendadak ... sedangkan kematian di kalangan wanita Cina dan India berpunca daripada masalah yang sama .. tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Ini bermaksud tumpuan yang lebih diberikan oleh Pegawai Perubatan Wanita untuk mempertingkatkan tahap kesihatan wanita Melayu."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 191). |
| | |
| | //"Malaria, sawan bayi, dan penyakit yang diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sesuai terus menjadi punca utama kematian bayi pada tahun 1930 dan tahun-tahun berikutnya. ... tahun 1930-an menyaksikan banyak projek kebersihan dijalankan untuk membenteras penyakit malaria termasuk di estet. Tumpuan diberikan kepada pembekalan air bersih dan juga kempen membasmi malaria dan meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak melalui pertunjukan wayang di kampung dan di sekolah-sekolah (CO 716 Report of the Medical and Health Departments, Kedah & Perlis for the year 1931, 5). Pada tahun 1931 keadaan kesihatan awam di negeri itu bertambah baik dengan kadar kematian bayi menurun di kalangan orang Melayu, misalnya, daripada 124.33 pada tahun 1930 kepada 98.55 pada tahun 1931. \\ |
| | \\ |
| | Keadaan ini, walau bagaimanapun, hanya bersifat sementara kerana pada tahun 1932, petunjuk kadar kematian bayi Melayu meningkat semula kepada 109.98. Sejumlah 1,940 kematian bayi berusia setahun ke bawah telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, kematian kanak-kanak berusia setahun ke bawah ialah 1,251 orang iaitu yang tertinggi berbanding dengan bangsa lain (CO 716 Report of the Medical and Health Department, Kedah & Perlis for the year 1932,13-14). Peningkatan semula dalam kadar kematian bayi untuk semua bangsa pada tahun 1933 iaitu 140.79 berbanding 119.88 per 1,000 kelahiran dalam tahun 1932 sebenarnya disebabkan oleh pemerolehan data-data yang lebih tepat berikutan pengenalan Enakmen Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dalam tahun 1932. ... Kadar kematian yang tinggi ini juga dikaitkan dengan penyakit malaria. ... Secara perbandingan pula kadar kematian bayi India adalah yang tertinggi berbanding bangsa lain."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 195-196). |
| | |
| | //"Selain penyakit malaria, dua punca yang disabitkan oleh petugas perubatan dan kesihatan berhubung kadar kematian ibu dan bayi yang tinggi di kalangan orang Melayu ualah peranan bidan kampung, dan kecuaian di pihak ibu itu sendiri. Bidan-bidan kampung ini dilabelkan oleh pegawai British sebagai golongan yang tidak menghiraukan kebersihan tetapi oleh sebab sudah lama melakukan tugas ini tidaklah mudah bagi kerajaan mengawal kegiatan mereka (SUK Kedah 331/1340 Annual Report of the Medical and Health Department, Kedah for the year 1339/1921). Masalah yang berpunca daripada bidan kampung sebenarnya bukanlah masalah setempat, malah turut berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain. Kritikan terhadap peranan bidan kampung bukan sahaja datang daripada pegawai kolonial tetapi juga daripada orang Melayu sendiri. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang kerabat Diraja Patani yang menjadi Nazir sekolah-sekolah Melayu di Kelantan pada tahun 1933 pernah menegur cara bidan kampung mengendalikan kes bersalin yang menyebabkan kes kematian bayi yang semakin meningkat di negeri itu. Selain itu Tengku Mahmood turut mengaitkan hal ini dengan sikap orang Melayu di negeri itu yang gemar mengahwinkan anak perempuan mereka dalam usia yang muda. Keadaan ini menyebabkan ibu muda kurang terdedah kepada pengetahuan perubatan moden (Mohd. Zamberi 1999, 42)."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 196-197). |
| | |
| | //"Mengenai kes kematian bayi yang tinggi di kalangan wanita Melayu, Dr J.G. Clarke, Pegawai Kesihatan di Ipoh pada tahun 1914, mengaitkan kejadian ini dengan faktor sosioekonomi seperti keadaan kebersihan dan penyusuan bayi termasuk bekalan susu yang tidak memuaskan di samping serangan malaria dan kecuaian di pihak ibu (HCO 1621/1914, 8-10). Rumusan Clarke sebenarnya tidak jauh berbeza dengan laporan kesihatan penduduk luar bandar di Kedah yang pertama kali dibuat untuk negeri itu oleh Vickers dan Strahan pada tahun 1936 (CO 717 133/51901). Di Kedah, malaria dianggap punca utama kematian penduduk termasuk kaum ibu dan bayi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 197). |
| | |
| | //"Meskipun masalah kurang zat pemakanan turut menjadi salah satu punca kematian di negeri-negeri Melayu, kerajaan mendapati masalah ini agak sukar diatasi kerana hal ini membabitkan faktor kemampuan sesebuah keluarga untuk membeli makanan, dan juga amalan biasa sesebuah keluarga. Dari segi amalan tradisi, misalnya orng Melayu tidak menganggap mereka sudah makan selagi tidak makan nasi. Justeru, bayi turut diberi nasi yang dilecek beberapa hari selepas dilahirkan (Burgess & Laidin 1950, 30). Makanan yang mengandungi protein seperti ikan tidak diutamakan kepada bayi kerana orang Melayu percaya ikan boleh mengakibatkan penyakit cacing. Cara memasak nasi juga menimbulkan masalah kerana orang Melayu membasuh beras terlalu lama lalu membuang lebih banyak kandungan vitamin. \\ |
| | ..... \\ |
| | Bayi-bayi ditemui dalam keadaan pucat dan lemah dalam rumah yang sempit dan tidak mempunyai peredaran udara yang baik. Keadaan menjadi bertambah buruk kerana kaum ibu tidak langsung mengambil berat tentang penyusuan bayi, malah ada pihak yang mengaitkan penngkatan dalam kadar penyakit dan kematian bayi dengan perkara tersebut. J.G. Clarke mendapati sikap tidak suka menyusui anak dengan susu ibu merupakan sifat umum wanita di Tanah Melayu sebagaimana juga kaum wanita di negara Asia. Usaha untuk menggalakkan penyusuan ibu menjadikan petugas kesihatan terpaksa melawan arus. Justeru, Clarke berpendapat langkah-langkah perlu dialihkan kepada mengajar kaum ibu cara penyusuan biasa yang betul dan penyediaan makanan yang sesuai, di samping melatih bidan-bidan yang sesuai bagi mengambil alih peranan bidan-bidan kampung. Bidan-bidan ini perlu diajar tentang kebersihan dan cara menggunakan antiseptik di bawah pemerhatian bidan yang terlatih. Sesuai dengan cadangan ini, risalah tentang kesihatan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur seperti yang dikeluarkan oleh Infant Welfare Advisory Board, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sampai ke tangan petugas kesihatan di Kedah dai masa ke semasa. Tumpuan turut dialih kepada cara pemilihan botol susu yang sesuai dan cara penjagaan botol susu agar sentiasa bersih di samping tidak mengabaikan penekanan kepada kepentingan susu ibu kepada proses tumbesaran bayi (SUK Kedah 438/1342). \\ |
| | \\ |
| | Perubahan tumpuan daripada susu ibu kepada susu botol sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Peranan media, industri dan klinik kesihatan ibu dan bayi bertanggungjawab mewujudkan keadaan ini kerana lebih banyak mempromosikan susu botol berbanding susu ibu. Promosi hebat dan berterusan oleh syarikat pengeluar dan pengedar susu lemak manis di Tanah Melayu melalui iklan dalam akhbar turut meninggalkan kesan yang besar kepada kaum ibu. Susu lemak manis mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Inggeris dan kemudiannya akhbar-akhbar vernakular. Akhbar Straits Times, misalnya, sejak pertengahan tahun 1880-an lagi sudah menyiarkan iklan susu lemak manis Nestle (Manderson 1982, 598). Klinik ibu dan bayi ang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menggalakkan lagi keadaan ini dengan memberikan susu percuma kepada kaum wanita yang datang ke pusat itu. Tabiat menyusu bayi selepas lahir dengan susu botol di kalangan wanita Eropah dan wanita golongan elit turut menjadi contoh kepada wanita yang kurang mampu meskipun harga susu tin lebih mahal. Namun di sebalik faktor-faktor yang telah disebutkan, satu lagi sebab yang tidak boleh diketepikan ialah, berbanding susu ibu, susu botol lebih memudahkan kaum wanita terutamanya yang bekerja sebagai penanam padi. Sebaik sahaja tempoh pantang berakhir, bayi ditinggalkan di rumah di bawah jagaan anak yang lebih dewasa sewaktu ibu-ibu bekerja di bendang. Anak-anak ini ditunjuk ajar cara memberi susu dan memandikan bayi supaya kerja-kerja di bendang tidak tergendala."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 199-200). |
| | |
| | //"Pada tahun 1930 juga ditubuhkan Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak (Infant Welfare Work) yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja. Pusat kesihatan bayi ini dibiayai oleh bantuan kewangan yang diperolehi secara sukarela. Satu jawatankuasa sukarela juga ditubuhkan dengan Tunku Ibrahim, Pemangku Raja sebagai Presidennya. Operasi jawatankuasa ini bermula dalam keadaan yang terhad dari segi kakitangan dan pada peringkat awal, beroperasi di sebuah bilik permainan billiard milik Pemangku Raja yang telah tidak digunakan lagi. Persekutuan Kesejahteraan Kanak-Kanak yang terletak di Anak Bukit ini berada di bawah jagaan Dr. Brodie sepenuhnya. Dengan terbentuknya pusat ini, penduduk diarahkan oleh kerajaan supaya membawa anak-anak mereka ke tempat itu untuk diberikan rawatan dan penasihatan tentang penjagaan kanak-kanak pada hari-hari yang telah ditetapkan. Penubuhan pusat kesihatan bayi ini juga membuka peluang kepada Pegawai Perubatan Wanita untuk mendidik kaum wanita tentang penjagaan kesihatan diri dan bayi, serta pemakanan yang sesuai. Pusat ini juga menjadi tempat kempen menolak bidan tradisional dijalankan apabila bakul-bakul yangsarat diisi alat perbidanan kampung yang membahayakan nyawa ibu dan bayi dipamerkan untuk tatapan pengunjung."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 214). |
| |
| ==== Peranan Akhbar Melayu ==== | ==== Peranan Akhbar Melayu ==== |
| | |
| | //"Seperti yang telah dijelaskan oleh Brodie, pendidikan, walaupun amat terhad bagi kanak-kanak perempuan Melayu, telahpun menampakkan hasilnya dari segi cara membesarkan kanak-kanak. Ini dilakukan melalui pengenalan mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah-sekolah Melayu sementara pengenalan pergerakan Girl Guide turut menambahkan minat murid-murid ini kepada hal-hal berhubung kesihatan. Guru wanita pula dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan yang mereka baca dalam majalah seperti Bulan Melayu yang turut menyentuh tentang isu kesihatan seperti penjagaan kebersihan, pemakanan dan pakaian semasa mengandung. Kempun kesihatan melalui akhbar dan majalah ini bukan sahaja digerakkan oleh kaum wanita malah juga menarik minat kaum lelaki. Dalam keluaran bulan Februari 1931, Bulan Melayu menyiarkan rencana bertajuk "kewajipan ibu kepada anaknya" yang ditulis oleh Alwi Al Hadi yang bersambung dalam beberapa keluaran (Bulan Melayu, Mac-Disember 1931 dan Mac 1932). Penulis ini dengan panjang lebar membicarakan aspek-aspek kesihatan ibu dari saat mula mengandung, bersalin, melahirkan anak dan berpantang berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau terhadap apa yang lazimnya berlaku dalam masyarakat Melayu. \\ |
| | \\ |
| | Akhbar dan majalah meskipun tidak mungkin dibaca oleh semua orang Melayu namun dengan wakil jualan ditempatkan di setiap negeri membolehkan idea-idea yang terpancar dalam sumber ini tersebar dan berkembang melalui segelintir pembaca yang kemudiannya menyampaikan pula maklumat itu kepada jiran, rakan dan kaum keluarga mereka sendiri. Idea-idea ini boleh berkembang melangkaui batasan kawasan dan daerah meskipun secara perlahan sebagaimana yang pernah berlaku dalam penyebaran idea kesedaran kebangsaan di kalangan kaum wanita Melayu. Meskipun perbicaraan tentang soal kesihatan tidaklah sehebat perbincangan tentang semangat kesedaran Melayu dan kritik masyarakat termasuk membicarakan tentang wanita dan pelajaran namun banyak akhbar dan majalah di sekitar tahun 1930-an mengorak langkah mengadakan ruangan kesihatan untuk tatapan umum. Majalah Bulan Melayu, misalnya, begitu berpengaruh di kalangan pendidik wanita dan mempunyai wakil jualan di setiap negeri termasuk Kedah."// |
| | |
| | (Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 223-224). |
| |
| //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). | //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). |
| Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances | Depression ("economic stress . . . manifesting itself in a lowered vitality of mothers and infants"'51), but the following year this view was reversed and it was argued that under economically depressed circumstances |
| infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105). | infants benefited from increased "mothering" and breast-feeding, while upturns in the economy, the employment of women, and increased purchasing power resulted in bottle-feeding and the neglect of infants.45"// (Lenore Manderson, PhD, FASSA, American Journal of Public Health, January 1999, Vol. 89, No. I: [[https://doi.org/10.2105/ajph.89.1.102|"Public Health Developments in Colonial Malaya: Colonialism and the Politics of Prevention"]], m.s.105). |
| | |
| | ==== Wanita Melayu ==== |
| | |
| | //"Di samping soal domestik termasuk adat resam, terdapat juga pandangan yang mengaitkan kadar kematian bayi dengan pertumbuhan ekonomi. Apabila ekonomi wang menjadi penting, kaum wanita muda keluar bekerja. Anak-anak ditinggal dan tidak lagi disusukan. Satu kajian tentang kematian bayi dan kanak-kanak di Kedah dalam tahun 1940 mendapati pendapatan yang rendah oleh sesebuah keluarga menyebabkan kaum wanita mula mencari pekerjaan sebaik sahaja bersalin. Sesetengah wanita merasa bimbang jika mereka tidak cepat bekerja dan hal ini mengganggu proses pengeluaran susu ibu. Anak-anak akhirnya diberi susu biasa (Manderson 1987, 263)."// (Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 200-201). |
| | |
| | ==== Buruh India ==== |
| | |
| | //"Pada pihak kerajaan pula, golongan wanita merupakan sumber tenaga untuk reproduction, maka kerajaan kolonial memandang wanita sebagai aset yang paling berharga bagi membolehkan mengaut keuntungan ekonomi (Manderson 1996). Hal ini kerana, '...women provide the labour necessary to reproduce and maintain a steady supply of labour for plantations' (Oorjitham 1987). \\ |
| | \\ |
| | Memandangkan, kematian ibu dan bayi merupakan petanda kehilangan tenaga buruh untuk masa akan datang, maka kerajaan kolonial memberi tumpuan kepada tenaga kerja wanita Melayu yang merupakan pengusaha padi yang terbesar di Kedah mahupun wanita India di sektor perladangan getah. Kadar mortality (Usman 1995) bayi yang tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain bukan setakat menunjukkan tahap kesihatan sesuatu masyarakat, malahan membayangkan berjaya atau gagalnya sesebuah kerajaan yang memerintah (Mahani 2005). Justeru itu, kerajaan Kedah mula memberi tumpuan terhadap kesihatan wanita dan bayi khususnya daripada masyarakat Melayu di negeri itu. Di Kedah, soal kesihatan ibu dan bayi mula diberi tumpuan buat pertama kalinya pada tahun 1913 apabila kerajaan membuat keputusan untuk menempatkan seorang bidan terlatih di Hospital Alor Setar. Tugas bidan ini ialah mengendalikan kes-kes kelahiran di rumah pesakit dan juga mengajar bidan-bidan kampung prinsip asas tentang ilmu perbidanan (C071 1937). Malangnya, sepanjang tahun berkenaan jawatan tersebut tidak diisi kerana ketiadaan calon yang layak. Jawatan ini hanya diisi pada tahun 1915 oleh seorang bidan Melayu (P/SP 2 1915). \\ |
| | ..... \\ |
| | Tahun 1920-an menyaksikan banyak program kesihatan di Kedah tergendala disebabkan ketiadaan pegawai kesihatan yang berkelayakan. Jawatan pegawai perubatan wanita diwujudkan di negeri Kedah pada tahun 1925 dengan tumpuan utama mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi khususnya di kalangan masyarakat Melayu (CO716 1925). \\ |
| | ..... \\ |
| | Pada tahun 1930-an, projek-projek kesihatan dijalankan di Kedah untuk membanteras penyakit malaria termasuk di estet. Ini termasuklah kerja-kerja penghapusan tempat pembiakan nyamuk di beberapa kawasan serta mengadakan kempen-kempen membasmi malaria (C0716 1928). Hal ini kerana, malaria dianggap sebagai punca utama kematian penduduk termasuk kaum ibu dan bayi di kawasan estet."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.107-108). |
| | |
| | //"Berhubung dengan kematian bayi di estet, di samping malaria penyakit sawan bayi dan penyakit yang diakibatkan oleh pemakanan yang tidak sesuai terus menjadi punca utama kepada kematian bayi India di estet pada tahun 1930-an (CO716 1929). Misalnya, pada tahun 1930 sawan bayi merupakan punca kematian yang tinggi di Kedah, iaitu sebanyak 2,707 kes. Jumlah ini menurun kepada 1,805 kes bagi tahun 1932. Ini disebabkan oleh langkah yang diambil oleh Lembaga Kesihatan melalui doktor berkelompok dan Hospital Berkelompok (SUK/K 2966/1350 1932). \\ |
| | \\ |
| | Bayi dalam tahun pertama kelahiran, sangat sensitif terhadap perubahan di sekitarnya serta mudah dijangkiti penyakit disebabkan oleh kekurangan daya tahan atau imunisasi terhadap penyakit. Umumnya, kematian bayi juga menggambarkan keadaan sosioekonomi masyarakat India. Di Kedah, faktor utama kematian bayi dalam kandungan adalah disebabkan oleh keadaan seperti ketidaknormalan (abnormalies) keracunan darah (septicaemia) yang berpunca daripada mikro organisma penyebar penyakit dan toksin dalam darah, serta radang paru-paru (pneumonia) (CO716 1935). Kematian bayi dalam kandungan (CO716 1930) juga agak tinggi di kalangan masyarakat India di estet berbanding dengan kaum-kaum lain. Mengikut laporan perubatan negeri Kedah (CO716 1935) bagi tahun 1935, 'The Tamil infant mortality is very bad. 107.7 per mille... nearly three times that for Malay and Chinese.' \\ |
| | \\ |
| | Kadar kematian bayi yang tertinggi juga diwakili oleh orang Tamil, iaitu sebanyak 252.09 peratus bagi seribu kelahiran pada tahun 1930 dan kadar ini adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 1928 yang berjumlah 262.96 peratus. Hal ini kemungkinan besar berpunca daripada langkah-langkah pencegahan dan pemulihan di estet. Manakala, kadar kematian bayi bagi orang Melayu dan Cina adalah sebanyak 124.33 dan 144.24 peratus bagi tahun 1930 berbanding dengan 111.95 dan 136.72 peratus pada tahun 1928. Kebanyakan daripada kematian bayi bagi tahun-tahun tersebut adalah berpunca daripada cara penyusuan yang tidak sihat, Ascaris dan malaria (CO716 1930)."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.109-110). |
| | |
| | //"Kebanyakan wanita mengandung di estet tidak mendapat makanan berkhasiat serta penjagaan yang rapi semasa mengandung mahupun selepas bersalin. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri mereka, malahan memberi kesan negatif kepada perkembangan mental anak yang dikandung (Colletta 1987). Ketiadaan makanan berkhasiat untuk tempoh masa yang lama di peringkat bayi bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi juga mengurangkan saiz otak serta mempengaruhi potensi intelektual anak yang bakal dilahirkan. Kajian S.T. Chen misalnya mendapati bahawa kanak-kanak dari estet dan kawasan pendalaman mempunyai kecerdasan minda yang rendah berbanding dengan tahap kecerdasan minda di peringkat nasional (Estate Health and Vision 2020 1995). Sehubungan dengan itu, kemajuan dalam kesihatan secara tidak langsung mempunyai kesan ke atas prestasi akademik kanak-kanak. \\ |
| | \\ |
| | Umumnya, masyarakat India di estet kurang mengambil makanan berprotein seperti ikan dan daging kerana harganya mahal. Keadaan ini menjejaskan tumbesaran bayi, dan kanak-kanak. Ini kerana, keperluan protein untuk bayi yang membesar adalah tiga kali ganda daripada keperluan protein orang dewasa. Aspek ini tidak disedari oleh ibu bapa yang tidak berpendidikan. Pengabaian pengambilan makanan berkhasiat semasa mengandung dan selepas bersalin jelas meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan bayi dan kanak-kanak dan seterusnya mempengaruhi kadar kematian bayi dan kanak-kanak. Hal ini dijelaskan oleh Owen (1987 : 262)..."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.112). |
| | |
| | //"Manakala penyakit beri-beri pula, dipercayai boleh menjejaskan kemampuan ibu untuk menyusu serta menjangkiti bai melalui susu ibu. Peraturan pemakanan yang ketat dalam tempoh berpantang turut mempengaruhi kesihatan bayi. Larangan untuk mengambil makanan seperti sayur-sayuran (kerana dipercayai sejuk) misalnya menyebabkan berlakunya kekurangan vitamin dan mineral bagi ibu serta bayi. Di sini, masalah kekurangan zat pemakanan sukar diatasi memandangkan ia melibatkan faktor kemampuan sesebuah keluarga untuk membeli makanan dan juga amalan biasa sesebuah keluarga (Chandra de Fonseka 1980). \\ |
| | .....\\ |
| | Dalam soal pemakanan keutamaan diberi kepada 'rasa' makanan dan bukannya kandungan khasiat pemakanan tersebut (Mahani 2005). Lagipun, kebanyakan daripada mereka kurang menyedari tentang kepentingan makanan seimbang bagi tumbesaran yang sihat. Umumnya, ketiadaan pendidikan, kejahilan tentang keperluan kanak-kanak, kemiskinan, persekitaran yang kurang bersih dan perubatan yang terlalu ringkas menjadi ciri-ciri umum masyarakat India di estet (Colletta 1987)."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.113). |
| | |
| | //"Selain itu, kejahilan bidan kampung tentang kebersihan, terutamanya dalam menangani bayi juga mempengaruhi kadar kematian ibu dan bayi di estet. Mengenai peranan bidan kampung, pegawai British melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak menghiraukan kebersihan. Memandangkan mereka sudah menjalankan tugas itu, maka tidaklah mudah bagi kerajaan untuk mengawal kegiatan mereka (SUK/K 331/1340). Hal ini dijelaskan oleh Norman G. Owen (1987:264) seperti yang berikut: \\ |
| | \\ |
| | 'The majority of them were illiterate, superstitious, filthy and unintentionally cruel. ... The [babies] were given black coffee, rice and bananas to eat from birth and were bathed in cold water straight from the well.' \\ |
| | \\ |
| | Dalam menangani hal ini, pegawai kesihatan yang mengadakan lawatan dari rumah ke rumah serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ibu mengenai cara-cara penjagaan yang baik."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.117). |
| | |
| | //"Manakala, kajian W.J. Vickers dan J.H. Strahan pula melaporkan bahawa bekalan air yang tercemar sebagai salah satu punca utama kematian bayi di negeri Kedah. Misalnya, masalah infantile diarrhoea dan gastro-intestinal sangat berkait rapat dengan bekalan air yang tercemar. Selain itu, air yang tercemar juga memungkinkan jangkitan cacing (hookworm larvae) dan telur Ascaris Lumbricoides (CO717 133/51901). Mengikut kajian tersebut, di samping penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai, hampir 10 peratus daripada penduduk di Kedah bergantung kepada bekalan air sungai. Manakala, hampir 35 peratus daripada penduduk yang tidak disediakan bekalan air terpaksa bergantung kepada sumber seperti telaga dan air sungai sebagai jalan penyelesaian. Secara keseluruhannya, hampir 25 peratus daripada penduduk menerima bekalan air yang tercemar untuk kegunaan harian."// (Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.118). |
| | |
| | //"Secara umumnya keadaan ekonomi amat mempengaruhi tahap kesihatan ibu dan kanak-kanak. Kemelesetan ekonomi misalnya, menyebabkan ramai buruh kehilangan pekerjaan serta mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan. Kesempitan kewangan ini seterusnya mempengaruhi pemakanan ibu dan kanak-kanak. Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat (kerana tidak mampu untuk membeli makanan yang berprotein seperti daging dan sebagainya) mempengaruhi tahap kesihatan serta kematian buruh wanita dan kanak-kanak di estet. Dalam kebanyakan keadaan, keadaan kewangan yang meleset ini juga menyukarkan usaha pemulihan taraf hidup buruh di estet (CO716 1931). \\ |
| | \\ |
| | Bebanan kewangan ekoran daripada kelahran anak memaksa ibu yang baru bersalin untuk kembali kerja secepat mungkin (Sarojini Devi 1971). Akibatnya, mereka terpaksa berhenti menyusu bayi yang baru lahir. Keadaan ini mengurangkan peluang kehidupan untuk bayi. Wanita yang bekerja juga didapati tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap pemakanan anak-anak mereka. Hal ini lebih ketara semasa pertumbuhan ekonomi, di mana peluang pekerjaan lebih banyak dan memungkinkan wanita untuk keluar bekerja. Mereka terpaksa meninggalkan bayi mereka di bawah jagaan orang lain. Secara tidak langsung, kemampuan bekerja seorang wanita juga meningkatkan kuasa membeli serta membawa kepada pemberian susu botol. Hal ini lebih ketara lagi apabila media, industri dan klinik kesihatan ibu dan bayi banyak mempromosikan susu botol berbanding dengan susu ibu. Di samping itu, promosi hebat oleh syarikat pengeluar dan pengedar susu lemak manis di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19 turut menyumbang kepada penyusuan botol. Dalam hal ini, tabiat menyusu dengan susu botol di kalangan wanita Eropah dan wanita golongan elit menjadi contoh kepada wanita yang kurang mampu walaupun harga susu tin lebih mahal (Mahani 2005). Hal ini juga tercatat dalam Laporan Tahunan Perkembangan Sosio-ekonomi Masyarakat Negeri Kedah (CO716 1938) sepertimana yang berikut: 'All 'Dummies' are seized and destroyed on the spot. A considerable number of women still use flour and 'sujee' to augment the feeds in the hope of producing large fat babies'. \\ |
| | \\ |
| | Manakala bayi yang diberi susu manis (condensed milk) sahaja tanpa vitamin tambahan menghadapi masalah berhubung dengan sistem pernafasan dan cirit-birit (CO716 1938). \\ |
| | \\ |
| | Di samping itu, kejahilan tentang konsep kebersihan serta cara menyuap bayi turut mempengaruhi kadar kematian bayi. Sebilangan besar daripada orang India di estet didapati tidak berpendidikan dan mengamalkan amalan yang karut khususnya dalam pemakanan dan penjagaan bayi. Dalam kebanyakan keadaan, adalah didapati bahawa mereka mula menyuap nasi, ubi kentang dan makanan berkanji sejak sebulan dari kelahiran. Pengabaian pemberian susu ibu yang mempunyai nilai khasiat yang tinggi bagi tumbesaran bayi telah membawa kepada peningkatan dalam kadar kematian bayi. Justeru itu, peningkatan dalam kadar kematian bayi dan kanak-kanak bagi tempoh 1920-an dan 1930-an sering dikaitkan dengan wanita bekerja serta bentuk penjagaan kanak-kanak (Owen 1987). \\ |
| | .....\\ |
| | Di Kedah, wanita hanya diberi cuti bergaji untuk tempoh sebulan sebelum dan sebulan selepas bersalin. Situasi ini membebankan wanita dan mendorong wanita yang baru bersalin untuk keluar bekerja lebih awal. Mereka terpaksa bekerja untuk tempoh masa yang agak lama sedangkan pada tempoh ini mereka memerlukan rehat yang mencukupi. Implikasinya, ibu bekerja terpaksa bergantung kepada Pusat Penjagaan Anak di estet ataupun anak-anak yang lebih dewasa di rumah untuk membesarkan anak mereka. \\ |
| | \\ |
| | Keadaan pusat asuhan ini didapati sangat sesak dan kotor, di mana sesetengah daripada pusat ini penuh dengan tikus, lipas dan nyamuk. Situasi ini mendedahkan kanak-kanak kepada jangkitan penyakit cirit-birit, denggi dan malaria. Malahan, ketiadaan stimulasi intelektual seperti alat permainan juga telah menjejaskan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Di samping itu, makanan yang disediakan di pusat-pusat ini pula didapati kurang berkhasiat dan tidak bersih. Keadaan ini telah membawa kepada pembiakan cacing di dalam perut kanak-kanak (Ramachandran 1994). Justeru itu, sesetengah wanita bekerja lebih rela meninggalkan anak-anak mereka di rumah di bawah pengawasan anak-anak yang lebih dewasa."// |
| | |
| | (Sumber: Vanaja A/P Sathivel, 2022. "Masalah Kesihatan Wanita India di Estet-estet Negeri Kedah: 1910-1945," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.119-120). |
| | |
| | ==== Buruh Cina ==== |
| | |
| | Buruh dari negeri Cina diuruskan melalui sistem kontrak. Mereka diikat dengan hutang tambang perjalanan mereka, yang dibayar oleh kontraktor buruh atau "kepala", dan ditempatkan di rumah kongsi yang dibina berdekatan ladang yang melanggan perkhidmatan kontraktor buruh tersebut. Mereka tidak dianggap pekerja ladang biasa, malah gaji mereka dibayar melalui kontraktor, yang sering melewatkan bayaran, mengambil bahagian yang besar, serta memeras mereka. Kedai-kedai keperluan asas di rumah kongsi, yang diurus oleh kontraktor itu sendiri, menjual barangan dengan harga yang mahal. Mereka juga tidak tertakluk di bawah Kod Buruh, serta tidak dipantau oleh pegawai Jabatan Buruh, sebagaimana buruh-buruh India. Kebajikan mereka hanya dipantau oleh Pegawai Hal-Ehwal Cina (Protector of Chinese) yang dilantik oleh kerajaan. Namun pegawai ini tidak mampu memantaunya dengan baik, oleh kerana keupayaan yang terhad, serta gejala pemerasan yang terlalu berleluasa. [1][2] |
| | |
| | Sepanjang zaman meleset tahun 1930-1933, sebagaimana pekerja-pekerja lain, pekerja Tionghua menderita gaji dipotong atau tidak dibayar, diberhentikan kerja, atau dihantar pulang. Kadar gaji mereka jatuh lebih rendah berbanding pekerja India, sehingga banyak ladang mula menggantikan pekerja India dengan pekerja kontrak Tionghua bagi menjimatkan kos. Keadaan kebajikan mereka yang sedia terabai, menjadi semakin buruk. Rumah-rumah kongsi mereka dibiarkan rosak dan tidak terurus. Pihak kontraktor dan pihak pengurus ladang gagal memberi perhatian sewajarnya, disebabkan kekurangan kakitangan dan masalah kewangan yang meruncing. Pegawai Hal-Ehwal Cina pula masih tidak berupaya menangani masalah yang berleluasa ini. [6] |
| | |
| | Sementara itu, pihak kerajaan telah menggubal beberapa ordinan bagi menetapkan kuota imigrasi buruh dari Cina, iaitu Immigration Ordinance (1931), diikuti Aliens Ordinance (1933). Namun, ordinan-ordinan ini hanya menyebut buruh lelaki sahaja, dan tidak menyatakan apa-apa tentang buruh wanita. Tambahan pula, harga tambang perjalanan dari negeri Cina ke Malaya jatuh merudum. Faktor-faktor ini menyebabkan pertambahan pekerja wanita Tionghua secara drastik. Mereka bergabung dengan pekerja wanita sedia ada di Malaya yang telah pun bebas dari ikatan hutang dengan kontraktor mereka, dan sebahagiannya telah berkeluarga serta berpendidikan. Faktor-faktor ini menyebabkan mereka ini lebih sensitif terhadap pelanggaran hak-hak mereka, contohnya pembayaran gaji yang tidak cukup atau lewat. [6] |
| | |
| | === 1937-03-11: MOGOK PEKERJA LADANG BANGI === |
| | |
| | Pada tahun 1934, keadaan ekonomi industri kian pulih. Harga getah melonjak sebanyak 250 peratus. Para pemilik ladang menyalurkan keuntungan yang diperolehi untuk memulihkan keadaan mereka. Namun kadar gaji dan kebajikan pekerja masih tidak berubah. Sementara itu, kesedaran kelas pekerja semakin meluas di kalangan para pekerja Tionghua, melalui bahan-bahan bacaan gerakan pekerja sedunia yang disiarkan dalam akhbar vernakular Cina. Mogok mula berlaku pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1936, kegiatan mereka menjadi semakin meluas dan radikal, kesan pengaruh para aktivis Parti Komunis Malaya, serta kesatuan sekerjanya Malayan General Labour Union (MGLU), yang giat menyusun aktiviti mogok di kalangan buruh Tionghua di ladang-ladang getah Malaya ketika itu. [6] |
| | |
| | Pada 7 Mac 1937, 19 tuntutan telah dihantar kepada para majikan di Selangor dan Negri Sembilan, antaranya Bangi Estate, Connemara Estate, dan Sungei Rinching Estate (Rujuk: NOTA KAKI). Kesemua tuntutan tersebut langsung tidak dipertimbangkan oleh pihak majikan, yang menganggapnya luar biasa dan keterlaluan. Pada keesokan harinya (8 Mac 1937), pekerja wanita di beberapa tempat memutuskan untuk tidak bekerja bagi menyambut Hari Wanita Sedunia. Tindakan ini antara lain mengakibatkan pekerja wanita yang terlibat di ladang Bangi telah dibuang kerja oleh majikan. Rentetan peristiwa ini telah mencetus gerakan mogok besar-besaran 2 hari selepasnya (11 Mac 1937), di mana pekerja wanita di ladang-ladang lain turut mogok. [3][6] |
| | |
| | Pada Khamis 11 Mac 1937, lebih 1,000 orang pekerja ladang (kebanyakannya kaum wanita Tionghua) telah melancarkan mogok di 9 buah ladang getah di Selangor iaitu Ladang Bangi, Connemara, Sungei Rinching, Prang Besar, Sydney, Bukit Tunggu, Balau, Hawthornden, dan Wardieburn (sekitar Bangi, Semenyih, Putrajaya, dan Kuala Lumpur kini). Mereka mengemukakan 19 tuntutan terhadap pihak pengurusan ladang-ladang tersebut, berkaitan kenaikan gaji harian, upah tambahan, hak dan kebajikan pekerja, manfaat ibu bersalin, kemudahan untuk anak-anak pekerja, dan lain-lain (Rujuk: NOTA KAKI). Semuanya berjalan dengan aman, kecuali di Ladang Wardieburn, di mana sedikit kekecohan berlaku akibat salah faham di antara beberapa pekerja dengan seorang wartawan. [3] |
| | |
| | Berikutan beberapa peristiwa serta kekecohan lain selepas itu, siri mogok dan demonstrasi ini kemudiannya merebak ke seluruh ladang-ladang di Selatan Selangor dan Negeri Sembilan, melibatkan lebih 30,000 pekerja Tionghua. Sekitar waktu yang sama juga (24-27 Mac), mogok turut dilancarkan di lombong arang batu Batu Arang, yang berakhir dengan serbuan pihak berkuasa. Akhirnya pada 28 Mac 1937, persetujuan dicapai di antara Persatuan Peladang Negri Sembilan dan wakil pekerja di sana, diikuti para perwakilan Selangor di Kajang, 3 hari kemudian (31 Mac 1937). Sebahagian daripada tuntutan-tuntutan pihak pekerja telah dapat dipenuhi oleh para majikan (Rujuk: NOTA KAKI). [5][6] |
| | Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, persetujuan kolektif dalam skop yang besar telah dapat dicapai dalam industri getah. Walaupun kaedah penguatkuasaannya tidak jelas (kod buruh misalnya memerlukan pemantauan rapi oleh pegawai hal ehwal Cina, yang kurang keupayaan disebabkan skop tugasannya yang luas), ia masih merupakan suatu kejayaan besar bagi pekerja Tionghua. |
| | |
| | SUMBER-SUMBER UTAMA:- \\ |
| | [1] James Hagan, Andrew Wells @ University of Wollongong, 2005: "The British and rubber in Malaya, c1890-1940" - https://ro.uow.edu.au/artspapers/1602/ \\ |
| | [2] P. Ramasamy, 1994: "Plantation Labour, Unions, Capital, and the State in Peninsular Malaysia" - http://myagric.upm.edu.my/id/eprint/9362/ \\ |
| | [3] Malaya Tribune, 12 March 1937, Page 14: "STRIKERS THREATEN VIOLENCE IN SELANGOR" - https://eresources.nlb.gov.sg/.../maltribune19370312-1.2.105 \\ |
| | [4] Ruhana Padzil, 2017: "Perjuangan wanita dalam aktivisme sosial dan nasionalisme di Tanah Melayu, 1929-1957" - http://studentsrepo.um.edu.my/7434/ \\ |
| | [5] Tai Yuen, 1973: "Labour unrest in Malaya, 1934-1941" - http://dx.doi.org/10.5353/th_b3120344 \\ |
| | [6] Yeo Kim Wah, 1976: "The Communist Challenge In The Malayan Labour Scene, September 1936-March 1937" - https://tradeunion.org.my/the-communist-challenge-in-the.../ \\ |
| | |
| | == NOTA KAKI: SENARAI TUNTUTAN PEKERJA == |
| | |
| | Butiran 19 tuntutan pekerja dalam siri mogok seluruh Selangor dan Negri Sembilan (sedikit berbeza mengikut kawasan):- \\ |
| | 1. Gaji penoreh getah dinaikkan kepada $1 sehari. Gaji pekerja am pula dinaikkan kepada 80 sen sehari, dan waktu kerja dihadkan kepada 8 jam sehari. \\ |
| | 2. Pengurangan unit tugasan bagi penoreh getah, daripada 300-390 batang pokok, kepada 250 batang untuk torehan “V” dan 300 batang untuk torehan tunggal. Bagi cerun yang curam, perlu pengurangan 50 batang pokok lagi. \\ |
| | 3. Bayaran getah sekerap sebanyak 3 sen per paun. \\ |
| | 4. Bayaran 50 sen bagi setiap tugasan menanda kulit getah yang bakal ditoreh. \\ |
| | 5. Bayaran tambahan $2 sebelum permulaan setiap unit tugasan. \\ |
| | 6. Bayaran tambahan $2 untuk tugasan membasuh cawan getah. \\ |
| | 7. Bayaran 50 sen sebulan untuk pisau penoreh getah, yang disediakan oleh penoreh itu sendiri. \\ |
| | 8. Penguatkuasaan Kod Buruh sebagaimana untuk pekerja ladang India sejak 1909, iaitu penetapan gaji minima, had waktu bekerja, dan piawaian kesihatan. Pekerja harus disediakan perumahan, penjagaan mutu kebersihan, serta bekalan air bersih pada tahap sewajarnya. Khidmat hospital, kakitangan perubatan, serta ubat-ubatan harus diberikan secara percuma. \\ |
| | 9. Penyediaan seorang amah bagi setiap 4 orang anak, dengan kadar upah $18 sebulan. \\ |
| | 10. Pembinaan sekolah di dalam ladang, dan tenaga pengajarnya disediakan. \\ |
| | 11. Pekerja yang jatuh sakit dimasukkan ke wad hospital kelas kedua, dan dibayar separuh gaji. \\ |
| | 12. Penaiktarafan kediaman para pekerja. \\ |
| | 13. Bayaran pendahuluan sebanyak $6 pada 15 haribulan setiap bulan, untuk pembelian sayur-sayuran. \\ |
| | 14. Makluman kadar bayaran gaji diberikan 3 hari sebelum tarikh pembayaran. \\ |
| | 15. Rehat diberikan sepenuhnya pada hari-hari kelepasan am. \\ |
| | 16. Pekerja tidak boleh dipecat tanpa alasan yang kukuh. \\ |
| | 17. Penghapusan hukuman denda terhadap pekerja. \\ |
| | 18. Pengambilan pekerja baru mestilah dengan persetujuan pekerja sedia ada. \\ |
| | 19. Pemberian hak kebebasan berpersatuan, berkumpul, bersuara, dan hak penerbitan (Matlamat: penubuhan kesatuan sekerja). \\ |
| | [5] |
| |
| ===== Kronologi Pemasaran Makanan Bayi ===== | ===== Kronologi Pemasaran Makanan Bayi ===== |