User Tools

Site Tools


british-ww1

Differences

This shows you the differences between two versions of the page.

Link to this comparison view

Both sides previous revisionPrevious revision
british-ww1 [2024/12/31 17:41] – [Infant Welfare Centre (IWC)] sazlibritish-ww1 [2024/12/31 17:41] (current) – [Peranan Akhbar Melayu] sazli
Line 302: Line 302:
  
 ==== Peranan Akhbar Melayu ==== ==== Peranan Akhbar Melayu ====
 +
 +//"Seperti yang telah dijelaskan oleh Brodie, pendidikan, walaupun amat terhad bagi kanak-kanak perempuan Melayu, telahpun menampakkan hasilnya dari segi cara membesarkan kanak-kanak. Ini dilakukan melalui pengenalan mata pelajaran ilmu kesihatan di sekolah-sekolah Melayu sementara pengenalan pergerakan Girl Guide turut menambahkan minat murid-murid ini kepada hal-hal berhubung kesihatan. Guru wanita pula dapat menyampaikan maklumat tentang kesihatan yang mereka baca dalam majalah seperti Bulan Melayu yang turut menyentuh tentang isu kesihatan seperti penjagaan kebersihan, pemakanan dan pakaian semasa mengandung. Kempun kesihatan melalui akhbar dan majalah ini bukan sahaja digerakkan oleh kaum wanita malah juga menarik minat kaum lelaki. Dalam keluaran bulan Februari 1931, Bulan Melayu menyiarkan rencana bertajuk "kewajipan ibu kepada anaknya" yang ditulis oleh Alwi Al Hadi yang bersambung dalam beberapa keluaran (Bulan Melayu, Mac-Disember 1931 dan Mac 1932). Penulis ini dengan panjang  lebar membicarakan aspek-aspek kesihatan ibu dari saat mula mengandung, bersalin, melahirkan anak dan berpantang berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau terhadap apa yang lazimnya berlaku dalam masyarakat Melayu. \\
 +\\
 +Akhbar dan majalah meskipun tidak mungkin dibaca oleh semua orang Melayu namun dengan wakil jualan ditempatkan di setiap negeri membolehkan idea-idea yang terpancar dalam sumber ini tersebar dan berkembang melalui segelintir pembaca yang kemudiannya menyampaikan pula maklumat itu kepada jiran, rakan dan kaum keluarga mereka sendiri. Idea-idea ini boleh berkembang melangkaui batasan kawasan dan daerah meskipun secara perlahan sebagaimana yang pernah berlaku dalam penyebaran idea kesedaran kebangsaan di kalangan kaum wanita Melayu. Meskipun perbicaraan tentang soal kesihatan tidaklah sehebat perbincangan tentang semangat kesedaran Melayu dan kritik masyarakat termasuk membicarakan tentang wanita dan pelajaran namun banyak akhbar dan majalah di sekitar tahun 1930-an mengorak langkah mengadakan ruangan kesihatan untuk tatapan umum. Majalah Bulan Melayu, misalnya, begitu berpengaruh di kalangan pendidik wanita dan mempunyai wakil jualan di setiap negeri termasuk Kedah."//
 +
 +(Sumber: Mahani Musa, 2005. Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. m.s. 223-224).
  
 //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19). //"Ekoran kepercayaan yang kuat terhadap perubatan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun temurun, maka pengenalan perubatan moden oleh kolonial British pada abad ke-19 kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Banyak isu kesihatan yang dibangkitkan rentetan kurang kesedaran terhadap perubatan moden. Hal ini telah menyebabkan beberapa akhbar dan majalah tempatan tampil memainkan peranan dalam usaha memberi pencerahan tentang beberapa isu kesihatan dan kepentingan perubatan moden termasuk aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak Melayu. Antara yang menjadi topik utama yang dipaparkan menerusi wadah ini ialah tentang isu perubatan moden dan kesihatan wanita, isu kesihatan ibu dan penjagaan bayi, isu perbidanan, isu kematian bayi serta vaksinasi. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat awam tentang kepentingan penjagaan aspek kesihatan dan rawatan moden selain mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita, bayi dan kanak-kanak Melayu. Bab ini akan memfokuskan mengenai beberapa isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang dipaparkan menerusi akhbar dan majalah tempatan terpilih di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah Lembaga Melayu, Saudara, Majlis, al-Ikhwan, Warta Malaya, Bulan Melayu, dan Majalah Guru yang telah diterbitkan pada awal abad ke-20."// (Arba’iyah Mohd Noor, 2022. "Paparan Akhbar Dan Majalah Terhadap Isu Kesihatan Wanita Dan Kanak-Kanak Pada Awal Abad Ke-20," dalam Azlizan Mat Enh, Zubaidah VP Hamzah (peny.), Wanita Dan Kesihatan Era Kolonial, Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, m.s.19).
british-ww1.txt · Last modified: 2024/12/31 17:41 by sazli